Status Halal Produk HP Sauce Dan Tabasco

Tabasco Halal Atau Tidak? Viral di laman sosial minggu ini yang menyatakan bahawa produk HP Sauce dan Tabasco adalah tidak halal? Berikut adalah penjelasan dari FB Bahagian Hab Halal, JAKIM mengemai status halal produk ini.
Produk berkenaan kini pemegang Sijil Halal dari Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf Jakim. 

Status Halal Produk HP Sauce Dan Tabasco 

"HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.
Tabasco juga disahkan halal oleh Infanca (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang merupakan pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi Jakim bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya.
JAKIM juga mengesahkan yang tin minuman keras jenama Carlsberg yang mempunyai logo halal adalah haram dan JAKIM tidak pernah mengeluarkan atau meluluskan status Halal ke atas produk minuman keras ini. Motif penyebaran gambar ini adalah bermotifkan jahat.
Bagi mereka yang ragu-ragu tentang status halal sesuatu produk, anda boleh semak status halal JAKIM di SINI. Semakan juga boleh di buat melalui khidmat SMS. Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga cuba semak dengan telefon bimbit anda:

Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888.
Status Halal JAKIM

Semoga perkongsian Status Halal Produk HP Sauce Dan Tabasco oleh JAKIM ini boleh dijadikan panduan buat semua pengguna.

0 comment... add one now