Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 Terkini

Syarat Kelayakan Masuk Tingkatan Enam (Form 6) Tahun 2015. Ramai pelajar lepasan SPM pastinya tertunggu-tunggu samada ditawarkan masuk ke Tingkatan 6 (Form 6) atau tidak. Tidak terkecuali, ada juga pelajar juga ingin mengetahui syarat am dan khas kemasukan terkini untuk membandingkan dengan result keputusan SPM 2015 mereka..Semakan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017 boleh disemak bermula 14 April 2016 hingga 27 Mei 2016.
  • Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan dengan merujuk panduan borang rayuan kemasukan Tingkatan 6 di Rayuan Tingkatan 6 2016

Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6 Terkini

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 terkini yang dikongsikan dari syarat kemasukan tahun 2016 untuk panduan pelajar semua. Untuk makluman, pelajar yang ingin memasuki Tingkatan Enam (Form 6) tidak perlu memohon. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik.  

Syarat Am Kemasukan Tingkatan 6

Syarat am kemasukan ke Tingkatan 6 terkini adalah seperti berikut :-
  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2016.

Syarat Khas Kemasukan Tingkatan 6

1. JURUSAN SAINS

Untuk jurusan Sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/Teknologi Kejuruteraan / Information And Communication Technology / Pengajian Agroteknologi
  • Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian
Syarat masuk Tingkatan 6 Terkini

2. JURUSAN KEMANUSIAAN

i. Sekolah Menengah Harian / Sekolah Menengah Teknik

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual/ Seni Halus /Teater/ Reka Bentuk / Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab / Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun / English For Science And Technology
  • Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

ii. Sekolah Menengah Agama

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu / Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

b) Di Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu / Literature in English/
  • Sejarah 2
  • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

iii. Murid Berkeperluan Khas (MBK)

a) Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  dengan  mendapat  sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu;
b) Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa 

c) Lulus  sekurang-kurangnya  TIGA  mata  pelajaran dengan  jumlah mata gred tidak  melebihi  21 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut: 
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English/ Kesusasteraan Cina/ Kesusasteraan Tamil
  • Sejarah
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/   Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari/ Bible Knowledge
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Sains/ Sains Tambahan
  • Salah  satu  mata  pelajaran  Teknik/  Mata  Pelajaran  Vokasional (MPV)
  • Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab/ Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun
  • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi  Rumah Tangga/  Pengetahuan  Sains Sukan
Sumber KPM

Cara Pengiraan Kemasukan Ke Tingkatan 6

Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6.
nilai wajaran unit ting 6

Untuk memuat turun atau download syarat-syarat kemasukan dan soalan lazim (FAQ), sila klik link berikut :-

Selamat berjaya buat semua pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 tahun 2016 nanti. 

{ 7 comments.. read them below or add one }

low yi ping low yi ping 16 Mac, 2015
hi sir/madam iget B plus for mod maths , B for PHYSICS and BIOLOGY , but a C plus for CHEMISTRY ,am i qualified to enter science stream
Rossa Calla Rossa Calla 16 April, 2015
You may calculate using the above jadual
TQ
Nur Khairunnisa Nur Khairunnisa 21 Mei, 2015
Hi kalau 3 kepujian melebihi 12 unit untuk kemanusian layak ke?
Rossa Calla Rossa Calla 21 Mei, 2015
Boleh cuba untuk merayu dan bergantung kepada kekosongan
kamarul kamarul 26 Mei, 2015
Bila keputusan rayuan keluar?
AUnaNi NAna Nini AUnaNi NAna Nini 14 April, 2016
nak taw skolh mna tuu kna mohon kaa dh dttapkan..??
Tanpa Nama Tanpa Nama 20 April, 2016
dah ditetapkan kecuali agama kena rujuk di jpn