Telcos Dan Astro Dikompaun RM1.01 Juta Oleh SKMM

SKMM Keluarkan Kompaun Kepada Telcos Dan Astro. Isu panggilan terputus atau dropped calls bukanlah perkara baru kepada pengguna sistem rangkaian mudah alih di Malaysia. Terbaru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan sejumlah 23 kompaun yang bernilai RM1.01 juta kepada syarikat telcos atas masalah dropped calls dan pendaftaran bagi pengguna pre-paid. Berikut adalah kenyataan media SKMM seperti dipetik dari FB Rasmi SKMM :-

KENYATAAN MEDIA: MCMC KELUARKAN 23 KOMPAUN BERJUMLAH RM1.01 JUTA KEPADA TELCO BAGI ISU PANGGILAN TERPUTUS DAN PENDAFTARAN PENGGUNA PRABAYAR
CYBERJAYA: 25 Mac 2015 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan 23 kompaun berjumlah RM1.01 juta kepada syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) utama berhubung isu panggilan terputus (dropped calls) dan pendaftaran bagi pengguna prabayar.

Bagi isu panggilan terputus, jumlah kompaun yang dikenakan adalah seperti berikut: 
  • DiGi Telecommunications Sdn Bhd - RM180,000, 
  • Maxis Mobile Services Sdn Bhd - RM170,000, dan 
  • Celcom Axiata Berhad - RM130,000.
Bagi isu pendaftaran pengguna prabayar, jumlah kompaun yang dikenakan adalah seperti berikut: 
  • Celcom Axiata Berhad – RM200,000, 
  • Maxis Mobile Services Sdn Bhd – RM150,000, 
  • U Mobile Sdn Bhd – RM100,000, 
  • Tune Talk Sdn Bhd – RM70,000, dan 
  • XOX Com Sdn Bhd – RM10,000. 
MCMC sentiasa tegas dalam isu pendaftaran pengguna prabayar kerana terdapat insiden yang mana maklumat peribadi orang lain telah digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah.
Telcos Dan Astro Dikompaun RM1.01 Juta Oleh SKMM
Selain daripada 23 kompaun yang dikeluarkan bagi isu panggilan terputus dan pendaftaran pengguna prabayar tersebut, MCMC turut mengeluarkan 2 kompaun kepada Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) dan Maestra Broadcast Sdn Bhd (Maestra) bagi kesalahan melanggar peruntukan di bawah Kod Kandungan dan syarat lesen.

Astro dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana melanggar Peruntukan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Bahagian 3: Iklan di sub perenggan 5.1, 5.2 dan 8.1 serta Syarat Standard 6 Lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (Individu) CASP(I). Astro didapati telah menyiarkan rancangan bual bicara mengenai produk kesihatan untuk penyakit-penyakit yang dilarang daripada diiklankan di bawah peruntukan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

Maestra pula dikenakan kompaun berjumlah RM20,000 kerana melanggar Syarat Khas Lesen No. 10.2 CASP (i) dan Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Radio Era FM yang beroperasi di bawah Maestra telah melakukan kesalahan dengan menyiarkan kandungan yang menyinggung perasaan umat Islam pada bulan Ramadhan tahun lepas.

MCMC sentiasa komited untuk terus menyelia kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Sepanjang tahun 2014, MCMC telah pun mengeluarkan sebanyak 70 kompaun berjumlah RM2.84 juta atas pelbagai kesalahan.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now