Baucar Ujian Saringan Kesihatan Percuma Perkeso

Baucar Ujian Saringan Kesihatan Percuma Perkeso. Kementerian Sumber Manusia melaui kenyataan Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib telah melanjutkan tempoh Baucar Ujian Saringan Kesihatan percuma Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga Disember 2015 ini.Lanjutan masa ini perlu memandangkan banyak pekerja yang menerima baucar itu masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan.


Melalui tempoh lanjutan ini, pencarum yang layak akan menjalani pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan di 3,051 klink swasta, 220 makmal dan 24 pusat mamogram seluruh negara. Baucar Ujian Saringan Kesihatan Percuma Perkeso diperkenalkan pada tahun 2013 dan di bawah skim itu, pencarum Perkeso berumur 40 tahun ke atas layak menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma sebagai langkah pencegahan terhadap risiko penyakit tidak berjangkit.
 Baucar Ujian Saringan Kesihatan Percuma Perkeso
Berikut adalah di antara soalan-soalan penting penting berkenaan dengan Baucar Ujian Saringan Kesihatan Percuma Perkeso yang dipetik dari SEHAT PERKESO FAQ.

APAKAH ITU PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO?
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO ADALAH PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DIBERI KEPADA ORANG BERINSURANS PERKESO BAGI MENGENAL PASTI KUMPULAN YANG BERISIKO PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NON-COMMUNICABLE DISEASE-NCD).

FAKTOR UTAMA PROGRAM INI DIPERKENALKAN ADALAH DISEBABKAN OLEH PENINGKATAN BILANGAN PEKERJA YANG DISAHKAN MENGIDAP KEILATAN AKIBAT PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (34% DARIPADA KES ILAT DILAPORKAN DAN 49% DARIPADA KES PENAKAT YANG DILAPORKAN). DENGAN MENJALANI PEMERIKSAAN INI, PEKERJA AKAN DAPAT MENGESAN AWAL PENYAKIT TERSEBUT SETERUSNYA MENDAPATKAN RAWATAN YANG SEWAJARNYA. INTERVENSI AWAL INI AKAN MEMBERI KESAN YANG POSITIF TERHADAP SUMBER MODAL INSAN YANG BERPENGALAMAN DAN PENINGKATAN PRODUKTIVITI SESEBUAH MAJIKAN. INI SECARA LANGSUNG AKAN MENJAMIN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA KHASNYA PEKERJA DI SEKTOR SWASTA YANG MENJADI TERAS KEPADA KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGARA.

OBJEKTIF
O MEMUPUK KESEDARAN KESIHATAN TERHADAP PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT DAN MENGGALAKKAN BUDAYA HIDUP SIHAT.

O MENGESAN AWAL PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT.

O MENCEGAH HILANG UPAYA DAN KEMATIAN AWAL DISEBABKAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT.

O MENCEGAH PENGURANGAN ATAU KEHILANGAN PUNCA PENDAPATAN DISEBABKAN OLEH     PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT.

O MENINGKATKAN SUMBER MODAL INSAN DAN PRODUKTIVITI NEGARA MELALUI PERSEKITARAN POPULASI PEKERJA YANG SIHAT DI SEKTOR SWASTA.         

KUMPULAN SASARAN? SIAPAKAH YANG LAYAK MENDAPAT BAUCAR PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO?
BAUCAR INI LAYAK DIBERIKAN KEPADA SEMUA PENCARUM PERKESO YANG AKTIF BEKERJA YANG TELAH BERUMUR 40 TAHUN DAN KE ATAS. BAUCAR INI AKAN DIBERIKAN KEPADA PEKERJA YANG MENCECAH UMUR 40 TAHUN SETIAP TAHUN UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA SEMUA PEKERJA MENJALANI SARINGAN KESIHATAN PERCUMA INI.

DI MANAKAH PEMERIKSAAN KESIHATAN INI BOLEH DILAKUKAN?
PEMERIKSAAN KESIHATAN INI BOLEH DILAKUKAN DI KLINIK YANG BERDAFTAR MELALUI PORTAL SEHAT PERKESO SEBAGAI KLINIK PANEL PROGRAM SARINGAN KESIHATAN. PEKERJA BOLEH MELAYARI LAMAN WEB sehat.perkeso.gov.my UNTUK MENDAPATKAN SENARAI KLINIK PANEL.

BAGAIMANA BAUCAR INI DIEDARKAN?
IANYA DIEDARKAN MELALUI MAJIKAN MASING-MASING DAN PIHAK MAJIKAN AKAN MENGEDARKAN KEPADA PEKERJA YANG DICATAT NAMA PADA SETIAP BAUCAR TERSEBUT

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH SETIAP PEKERJA YANG TELAH MENERIMA BAUCAR HSP?
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL ADALAH SEPERTI BERIKUT:

i. MAJIKAN/PEKERJA BOLEH MENYEMAK SENARAI KLINIK PANEL HSP BERDEKATAN MELALUI LAMAN WEB http://sehat.perkeso.gov.my

ii. PEKERJA PERLU MENGHUBUNGI KLINIK PANEL UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI.

iii. PEKERJA WAJIB MEMBAWA BAUCAR BERSAMA-SAMA KE KLINIK PANEL HSP.

iv.    UNTUK PEMERIKSAAN MAMMOGRAM, DOKTOR PANEL AKAN MERUJUK PEKERJA SELEPAS MENJALANI PEMERIKSAAN STANDARD.

APAKAH JENIS-JENIS PENYAKIT YANG DISARING DI BAWAH PROGRAM INI?
SARINGAN KESIHATAN DIJALANKAN UNTUK MENGESAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT ( NON-COMMUNICABLE DISEASE) SEPERTI DARAH TINGGI, DIABETES, PENYAKIT JANTUNG DAN KANDUNGAN KOLESTEROL DALAM DARAH YANG TINGGI.

HASIL PEMERIKSAAN AKAN DAPAT MEMBERI MAKLUMAT BERKAITAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG MELALUI FRAMINGHAM SCORE.

BAGI WANITA SARINGAN TAMBAHAN DISEDIAKAN BAGI MENGESAN BARAH PAYUDARA DAN BARAH PANGKAL RAHIM.

BERAPAKAH JENIS BAUCAR YANG DISEDIAKAN UNTUK PEKERJA YANG LAYAK?
TERDAPAT DUA JENIS BAUCAR YANG DIBERIKAN KEPADA PEKERJA IAITU BAUCAR SARINGAN KESIHATAN UNTUK LELAKI DAN WANITA SERTA BAUCAR TAMBAHAN UNTUK PEMERIKSAAN MAMOGRAM BAGI WANITA.

 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now