Tun Mahathir Puji Johor Dalam Membina Rumah Mampu Milik



Tun Mahathir Puji Johor Dalam Membina Rumah Mampu Milik. Memiliki rumah dan tempat berlindung adalah keperluan asas setiap lapisan masyarakat. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini membuatkan rakyat semakin sukar untuk membeli rumah idaman mereka.  

Menyedari hakikat itu, maka sebab itulah Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin telah beberapa kali mengulangi komitmennya untuk memastikan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik dibina di negeri ini sepanjang pentadbiran beliau.  

Sasaran Kerajaan Negeri dalam membina Rumah Mampu Milik Johor kini telah meningkat lagi daripada 37 000 kepada 42 000 dengan harga RM 150 ribu kebawah. Ini Tidak termasuk PRIMA, PPRT serta skim Skim Sewa Beli. Johor kini peneraju pembinaan rumah mampu milik menyediakan harga yang lebih rendah dan peluang lebih banyak berbanding skim perumahan negeri lain termasuk di negeri yang nilai hartanahnya lebih tinggi daripada Johor. Kita juga menetapkan syarat kepada pemaju kouta 40 peratus rumah mampu milik bagi setiap projek perumahan, antara tertinggi di Malaysia. 65% Rumah Mampu Milik Johor adalah untuk bumiputera.

Tun Mahathir Puji Johor Dalam Membina Rumah Mampu Milik 
Tun Mahathir Puji Johor Dalam Membina Rumah Mampu Milik
SUMBER - Muafakat UMNO Johor
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now