Chelsea Vs PSG 12 Mac 2015 Liga Juara-Juara Eropah

Video Gol Liga Juara-Juara Eropah Chelsea Vs PSG 12 Mac 2015. Paris Saint-Germain menewaskan Chelsea dengan 10 pemain apabila penyerang sensasi mereka, Zlatan Ibrahimovic dibuang padang pada awal permainan. PSG bangkit dengan bergaya apabila menyingkirkan Chelsea daripada saingan Liga Juara-Juara berdasarkan gol di tempat lawan awal pagi tadi (aggregat 3-3 selepas masa tambahan).

Bayern Munich turut mara selepas membelasah Shakhtar Donetsk 7-0 pada peringkat kedua saingan 16 terakhir.

Selepas terikat 1-1 pada peringkat pertama pusingan 16 terakhir di Parc des Princes, PSG memerlukan kejutan untuk mengatasi Chelsea di Stamford Bridge dan ternyata mereka berjaya ketika aksi di ibu kota London sekali gus mengiringi Real Madrid dan Porto yang mara ke suku akhir semalam.

Thiago Silva menjaringkan gol cantik pada masa tambahan menerusi tandukan ketika PSG terpaksa bermain dengan 10 orang selepas perlawanan sengit yang berakhir seri 2-2. Bagaimanapun PSG mara dengan 3-3 berdasarkan gol di tempat lawan.

chelsea vs psg 12 Mac 2015
Terdahulu, Ibrahimovic diperintah meninggalkan padang dan PSG kemudiannya ketinggalan apabila Gary Cahill menjaringkan gol tuan rumah ketika aksi berbaki sembilan minit.

Pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-86 menerusi tandukan David Luiz bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.


Bagaimanapun Silva melakukan kesilapan dan hampir menghadiahkan tiket ke suku akhir buat Chelsea selepas bola terkena tangan dan tuan rumah menyempurnakan sepakan penalti menerusi Eden Hazard.

Namun, kapten PSG itu menebus kesilapan ketika permainan berbaki enam minit dengan menyumbatkan gol sekali gus membawa skuad bimbingan Laurent Blanc mara ke suku akhir berdasarkan gol di tempat lawan biarpun keputusan seri agregat 3-3.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan, Bayern turut mara ke suku akhir dengan bergaya ketika aksi di Munich.

Biarpun seri tanpa jaringan pada peringkat pertama di Ukraine, Bayern tidak melakukan sebarang kesilapan ketika menentang Shakhtar yang terpaksa bermain dengan 10 orang seawal minit ketiga apabila Olexander Kucher mengasari Mario Goetze.

Thomas Mueller menyempurnakan sepakan penalti dan Jerome Boateng turut menjaringkan gol sebelum wisel separuh masa pertama. Kenduri gol berterusan pada babak kedua apabila Franck Ribery, Mueller, Holger Badstuber, Robert Lewandowski dan Goetze turut menjaringkan gol.

Real Madrid dan Porto juga layak ke suku akhir semalam. - AFP


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now