Video Majlis Istiadat Meletak Kerja Kemahkotaan Sultan Johor 2015

Video Majlis Istiadat Meletak Kerja Kemahkotaan Sultan Johor 2015. Berikut adalah Video Rakaman Lintas Langsung Majlis Istiadat Meletak Kerja Kemahkotaan Sultan Johor yang berlangsung pada 16 Mac 2015 di Istana Besar Johor. Kemahkotaan DYMM Sultan Johor akan diadakan pada hari Isnin, 23 Mac 2015 di Istana Besar, Johor. Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dimulakan dengan Istiadat Letak Kerja sebagai simbolik bermulanya sambutan berkenaan pada hari ini.
 
Majlis itu disempurnakan dengan istiadat menaikkan Bendera Diraja Johor di Tugu Peringatan Istana Besar, kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Video Rakaman Lintas Langsung Majlis Istiadat Meletak Kerja Kemahkotaan Sultan Johor - KLIK SINI
 
Upacara menaikkan bendera berkenaan dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsudin sebelum disempurnakan oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.
Majlis Kemahkotaan Sultan Johor 2015
Datuk Penghulu Istiadat, Datuk Abdul Latif Yusuf ketika membacakan perisytiharan berkata, bendera Diraja Johor akan dikibarkan sepanjang Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima dan diturunkan semula pada 21 April depan.

Sebanyak tujuh das tembakan meriam dilepaskan sejurus bendera berkenaan dinaikkan.
Yang turut hadir dalam upacara itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, barisan exco kerajaan negeri dan ketua jabatan serta wakil agensi kerajaan negeri.

Layari http://kemahkotaan.johor.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

"Allah Peliharakan Sultan"

SUMBER : Berita RTM
 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now