Berita Terkini JDT Rehatkan Bojan Hodak

Berita Terkini JDT Rehatkan Bojan Hodak. Seorang lagi Jurulatih di Liga Super Malaysia 2015 telah diarah untuk berehat. Kali ini, Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah merehatkan Bojan Hodak sebagai jurulatih pasukan serta-merta. Keputusan mengejutkan itu dibuat pada Sabtu, 25 April 2015 apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memberitahu jurulatih dari Croatia serta tiga pembantunya - Nenad  Bacina (pembantu jurulatih), Miro Petric (jurulatih kecergasan) dan Antonio Sisis (jurulatih penjaga gol) agar ‘mengambil rehat’. Dan siapakah bakal pengganti Bojan Hodak di JDT? Jurulatih Ismail Ibrahim akan memangku tugas kejurulatihan buat waktu ini. Dipetik dari rumour yang bertiup kencang, jurulatih pasukan South China AA dari Hong Kong iaitu Mario Gomez dikhabarkan akan dilantik sebagai ketua jurulatih baru JDT. Kita nantikan dari PBNJ samada perkara ini benar atau sebaliknya.

Ketika dihubungi, Hodak mengesahkan ada menerima surat daripada pihak pengurusan mengenai perkara tersebut, namun dia enggan memberi sebarang komen. Hodak yang membawa JDT menjulang gelaran pertama liga super musim lalu menjadi jurulatih Liga Malaysia yang ketiga diberitahu ‘berehat’ musim ini.

Bojan Hodak JDT
Minggu lalu, jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) B.Sathianathan direhatkan selepas aksi buruk The Gladiators selepas meraih tujuh kemenangan sahaja musim ini.  Manakala bulan lepas, Kelantan FA membuat perubahan drastik dengan menukar jurulatih George Boateng dari Belanda menjadi ketua jurulatih kanan dan pengarah teknikal gara-gara aksi buruk pasukan.

JDT kini mencatat 15 mata daripada sembilan perlawanan daripada 12 pasukan liga. Mereka mengekalkan rekod bersih tanpa tewas di Stadium Larkin dengan memenangi empat perlawanan. Sebaliknya keputusan di tempat lawan tidak selancar di laman sendiri apabila mencatat tiga seri dan dua tewas.

Jumaat lalu, skuadnya tewas 2-1 kepada Perak di Stadium Perak walaupun mereka membuka jaringan awal.

Pasukan ‘Harimau Selatan’ itu juga turut terkeluar daripada saingan Piala FA yang menjadi finalis musin lalu selepas tewas kepada juara bertahan, Pahang pada aksi pusingan kedua pada Mac lalu.

Bagaimanapun, mereka mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Piala AFC dengan mengetuai Kumpulan F (9 mata) dan hanya memerlukan satu mata  untuk layak ke kelompok 16 pasukan terakhir.

SUMBER

Pengumuman Terkini Status Bojan Hodak
TERIMA KASIH BOJAN HODAK
Saya ingin memaklumkan kepada penyokong kami bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah memberi pelepasan kepada Bojan Hodak daripada tugasnya, dan akan direhatkan. Beliau akan dilepaskan sepenuhnya setelah tamat kontrak. Bojan telah melakukan tugas yang cemerlang dengan membantu kami memenangi kejuaraan liga pada tahun lepas dan memenangi Piala Sumbangsih pada awal tahun ini. Kelab, diri saya, dan semua pemain telah memperolehi banyak pelajaran berguna daripada Bojan. Beliau mempunyai pengetahuan yang sangat bagus mengenai bola sepak Malaysia, dan saya percaya bahawa dia akan mencapai kejayaan di mana sahaja dia pergi pada masa akan datang. Namanya akan terpahat dalam sejarah kita. Beliau juga akan diingati sebagai jurulatih import yang paling berjaya di negara ini dan merupakan seorang rakan yang baik. Bagi pihak PBNJ dan semua kakitangan kejurulatihan dan pemain, kami ucapkan selamat berjaya kepada Bojan Hodak dan semoga sentiasa diberkati Tuhan.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Sumber : FB Johor Southern Tigers

0 comment... add one now