Berita Terkini Kejadian Letupan Di Sibu Sarawak 11 April 2015

Berita Terkini Kejadian Letupan Di Sibu Sarawak 11 April 2015. Satu kejadian letupan di flat HDC Terrace Garden, Sibu Jaya, Sarawak telah berlaku awal pagi ini ketika orang ramai sedang nyenyak tidur. Dipetik dari Astro Awani, sebelas penduduk dilaporkan cedera dan ada yang melecur. Letupan dipercayai berlaku di salah sebuah rumah di tingkat bawah flat berkenaan yang juga dikatakan merupakan sebuah kedai runcit. Menurut Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalib Rashid, letupan berlaku sekitar pukul 2.48 pagi tadi.

Kejadian letupan Sibu Jaya ini turut menyebabkan tiga unit kediaman lain di flat empat tingkat itu mengalami kerosakan teruk. Flat itu mempunyai 40 unit kediaman.  Anggota bomba telah diarahkan untuk mengawal dan mengeluarkan semua penduduk dari kediaman mereka selain mengenal pasti semua penduduk di flat berkenaan. Ia bagi memastikan tiada mangsa yang tertimbus akibat runtuhan tersebut.

Letupan Di Sibu Sarawak 11 April 2015
Pasukan bomba kini masih mencari bahan bukti dan punca berlakunya letupan itu selain berusaha untuk  mengenal pasti jenis bahan letupan yang terlibat. Semua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Berikut antara gambar kejadian letupan di Sibu Jaya awal pagi ini, Sabtu, 11 April 2015 :-
Letupan Di Sibu Sarawak 11 April 2015
Letupan Di Sibu Sarawak 11 April 2015

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now