Biodata Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia

Biodata Datuk Ahmad Maslan. Nama Datuk Ahmad Maslan memang penuh kontroversi dan trending masa kini gara-gara beliau dikiritik apabila menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar. Saranan ini diberi beliau bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar.

Biodata Datuk Ahmad Maslan

Saranan dari Timbalan Menteri Kewangan tersebut dilakukan di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu, 11 April 2015.Namun begitu, rata-rata pelajar universiti berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar ini untuk masak di dalam kampus. Malah ada pelajar berkata peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus.
Datuk Ahmad Maslan

Untuk mereka yang ingin tahu lebih dekat siapa dia Yang Berhormat Datuk Ahmad Maslan, berikut adalah serba sedikit biodata / profil menarik beliau :-

Siapa Datuk Ahmad Maslan?

Datuk Ahmad Maslan telah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Sri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Ahli Parlimen Pontian. Beliau dilahirkan di Parit Haji Yusof, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor.

Beliau bersekolah SK Seri Bahagia Lubok Sipat ,Benut, Pontian dan menjadi Tokoh Murid sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang.Sekali lagi beliau menerima anugerah Pelajar Terbaik SRP dan Pembahas Piala Perdana Menteri.

Seterusnya belajar di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Victoria New Zealand (1986 - 1988). Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA), UKM Bangi (2001-2003) beliau menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik. Beliau menamatkan pembelajarannya di sana dengan CGPA 3.85


BIODATA DATUK AHMAD MASLAN

Nama Penuh: Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan

Tarikh Lahir: 30-4-1966

Tempat Lahir: Benut, Pontian, Johor

Ayah Hj Maslan (arwah) & Ibu Hajah Aminah adalah penoreh getah yg miskin pada ketika muda hingga umur mereka 50an di kampung yang daif tiada bekalan letrik, air paip, jalan raya & tiada telefon sehinggalah tahun 1996.


Pendidikan:

  • SK. Seri Bahagia. Lubuk Sipat, Benut, Pontian
  • (1973-1978 menerima anugerah Tokoh Murid)
  • SM. Sains Johor, Kluang (Asrama Penuh)
  • 1979-1983 Anugerah Pelajar Terbaik SRP & Pembahas Piala Perdana Menteri)
  • Rosehill College, Auckland New Zealand (1985)
  • Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik)
  • Universiti Victoria, New Zealand (1986- 1988)
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)-(UKM Bangi)
  • Anugerah Emas Siswa Terbaik drpd 177 pelajar)

Alamat Pejabat:

Pejabat Timbalan Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan
Aras 11, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

Tel: 03-8882 3000
Fax: 03-8882 4242


Pengalaman Pekerjaan:

Pengurus Operasi
Persatuan Pertubuhan Islam New Zealand, Wellington, New Zealand
(1989-1990)

Penolong Pengarah
Biro TataNegara, Jabatan Perdana Menteri
(1991-1994)

Setiausaha Sulit Kanan kepada YB. Dato' Mustapa bin Mohamed (Timb. Menteri Kewangan)
(1994-1995)

Setiausaha Politik kepada YB. Dato' Mustapa bin Mohamed (Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi)
(1995-2000)

Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Restu (Shah Alam, Melaka & P.Pinang)
(2000-2005)

Pengarah SERANTA (FELDA)
Jabatan Perdana Menteri
(March 2005 - Feb 2008)

8/3/08 - KINI: Ahli Parlimen Pontian
9/4/2009 - 14/5/2013: TIMBALAN MENTERI DI JPM
15/5/2013 - hingga kini:  TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
2015 - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri


JAWATAN DALAM POLITIK (sekarang)

1. Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Lubuk Sipat, Benut (Sejak 1996)
2. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian (Sejak 2009)
3. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Restu (Sejak 2005)
4. Pengerusi Alumni Kelab UMNO Luar Negara (Sejak 2010)
5. Timb. Pengerusi Biro Latihan UMNO Malaysia (Sejak 2009
6. Ketua Penerangan UMNO Malaysia (Sejak 2009)
7. Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (Sejak 2012)
8. Ahli Parlimen Pontian (Mulai 8 Mac 2008)


JAWATAN DALAM POLITIK (Sebelum ini)

1. AJK Kelab UMNO Wellington, New Zealand (1986-1988)
2. Pengerusi Kelab UMNO Wellington, New Zealand (1989-1990)
3. AJK Biro Penerangan UMNO Bahagian Sg.Benut (1991-1993)
4. AJK UMNO Bahagian Sg.Benut (1993-2003)
5. AJK Biro LATIHAN Pemuda UMNO Malaysia (1991)
6. AJK Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia (1993)
7. AJK Biro Sains & Teknologi Pemuda UMNO Malaysia (1995)
8. Timb. Pengerusi Majlis Integrasi Pemuda UMNO Malaysia (1995)
9. AJK Biro Agama & Pendakwah Pemuda UMNO Malaysia (1996)
10. Naib Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia (1996)
11. AJK Malaysia-Saudi Arabia Business Council (1998)
12. Ketua Penerangan UMNO Bah. Pontian (2004-2009)
14. Setiausaha Penerangan UMNO Negeri Johor (2006-2009)
15. AJK Alumni Kelab UMNO Luar Negara (Sejak 2000)
16. AJK Pelaksana Penerangan UMNO Malaysia (Sejak 2006)
17. Ahli Lembaga Pemegang Amanah DAMAI (Dewan Amal Islam Hadhari) sejak 200
18. Ketua Penerangan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) 2008-2009
19. Ketua Penerangan UMPG (UMNO Member of Parliament Group) 2008-2009
SUMBER

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

2 comments.. read them below or add one

Tanpa Nama Tanpa Nama 31 Disember, 2015
dia neh weird lah