Biodata Mario Gomez Jurulatih Kelab South China AA Hong Kong

Biodata Mario Gomez Bakal Jurulatih Baru JDT? Isu Bojan Hodak, jurulatih pasukan JDT yang direhatkan kini semakin hangat kerana ramai penyokong JDT serta peminat bolasepak di Malaysia ingin tahu siapakah yang bakal mengemudi JDT di baki saingan Liga Super dan AFC Cup musim 2015 ini. Diberitakan yang antara calon-calon pengganti Hodak termasuk jurulatih dari Argentina, Mario Gomez dan bekas jurulatih ATM, B Sathianathan. Kita tunggu pengumuman rasmi nanti dari PBNJ mengenai status jurulatih baru JDT. Tetapi untuk sementara jurulatih Ismail Ibrahim, anak jati Johor akan mengambil alih pasukan sehingga jurulatih baru dilantik.

Pengumuman Terkini Status Bojan Hodak
TERIMA KASIH BOJAN HODAK
Saya ingin memaklumkan kepada penyokong kami bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah memberi pelepasan kepada Bojan Hodak daripada tugasnya, dan akan direhatkan. Beliau akan dilepaskan sepenuhnya setelah tamat kontrak. Bojan telah melakukan tugas yang cemerlang dengan membantu kami memenangi kejuaraan liga pada tahun lepas dan memenangi Piala Sumbangsih pada awal tahun ini. Kelab, diri saya, dan semua pemain telah memperolehi banyak pelajaran berguna daripada Bojan. Beliau mempunyai pengetahuan yang sangat bagus mengenai bola sepak Malaysia, dan saya percaya bahawa dia akan mencapai kejayaan di mana sahaja dia pergi pada masa akan datang. Namanya akan terpahat dalam sejarah kita. Beliau juga akan diingati sebagai jurulatih import yang paling berjaya di negara ini dan merupakan seorang rakan yang baik. Bagi pihak PBNJ dan semua kakitangan kejurulatihan dan pemain, kami ucapkan selamat berjaya kepada Bojan Hodak dan semoga sentiasa diberkati Tuhan.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Sumber : FB Johor Southern Tigers

Berita terkini - Mario Gomez Ganti Bojan Hodak
Bekas pembantu jurulatih kelab Valencia dan Inter Milan, Mario Gomez dilantik sebagai pengendali baharu skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menggantikan Bojan Hodak, gara-gara pasukan Harimau Selatan itu memerlukan perubahan taktikal.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengesahkan Hodak kini direhatkan dan tugasnya akan digantikan oleh jurulatih dari Argentina itu. Tunku Mahkota Johor itu berkata keputusan dibuat memandangkan skuad Harimau Selatan memerlukan perubahan taktikal untuk meningkatkan tahap permainan pasukan itu.

Menurutnya, walaupun direhatkan, namun, pihaknya sentiasa membuka peluang kepada Hodak sekiranya jurulatih berasal dari Croatia itu mahu kembali satu hari nanti bagi bersama-sama melakukan kemajuan terhadap skuad JDT.

"Kami ada berbual menerusi telefon dan Hodak tidak berkecil hati serta faham keputusan yang dilakukan. Johor memerlukan sesuatu yang baharu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kontrak Hodak akan tamat Oktober ini dan jurulatih Ismail Ibrahim akan memangku tugas membimbing skuad JDT untuk satu perlawanan sahaja iaitu menentang pasukan India, East Bengal dalam aksi Piala AFC, Selasa ini.

Tunku Ismail berkata Gomez, 58, jurulatih yang kini berada di Hong Kong, dijangka tiba di negeri ini, Jumaat ini. Katanya Gomez amat teruja dan tidak sabar untuk mengendalikan JDT setelah mengikut perkembangan pasukan tersebut.

Gomez menurut Tunku Ismail, merupakan jurulatih yang berpengalaman besar dan amat berminat untuk menjadi sebahagian daripada projek pembangunan bola sepak yang dilakukan di negeri ini.

Di bawah bimbingan Hodak, JDT merangkul Piala Sumbangsih musim ini dengan mengalahkan Pahang 2-0 serta membantu pasukan itu layak ke final Piala FA dan Piala Malaysia musim lepas.

Dalam saingan Liga Super musim ini, JDT kini menghuni tangga keempat liga dengan 15 mata selepas sembilan perlawanan. -- BERNAMA 


Siapa Mario Gomez?
Roberto Carlos Mario Gómez (lahir 27 Februari 1957 di Mar del Plata) adalah pengurus bola sepak dan bekas pemain bola sepak Argentina yang juga ketua jurulatih semasa kelab Hong Kong, South China AA. Mario Gomez, merupakan bekas pembantu jurulatih terkenal Argentina iaitu Hector Cuper di Valencia dan kemudian Inter Milan pada akhir 1990-an dan jurulatih kelab Eciuador, Deportivo Cuenca musim lalu.

Gómez telah dikenali sebagai Roberto Gómez dalam kerjaya sebagai pemain dan sebagai Mario Gómez dalam kerjaya kejurulatihan. 

Mario Gomez JDT
Mario Gomez (Kiri)
Biodata Mario Gomez
Nama penuh : Roberto Carlos Mario Gómez
Tarikh lahir : 27 Feb 1957 (umur 58)
Tempat lahir : Mar del Plata, Argentina
Posisi permainan : Pertahanan

Kerjaya Pemain Bolasepak
Tahun             Pasukan                          Penampilan
1979                Temperley                         10 (0)
1980-1987       Ferro Carril Oeste             135 (3)

Kerjaya Sebagai Jurulatih

Nama : Roberto Carlos Mario Gòmez
Umur : 58 tahun
Tarikh Lahir : 27hb Februari 1957

Kelab lama :
South China (2014-2015)
Deportivo Cuenca (2014)
Gimnasia y Esgrima de Jujuy (2012-2013)
Ferro Carril Oeste (2011-2012)
Club Atlético Tucumán (2010)
Asteras Tripolis (2009)
Belgrano de Córdoba (2007-2008)
Inter Milan (2001-2003)
Valencia CF (1999-2001)


Pencapaian South China Tahun 2015 Liga Hong Kong dan AFC Cup  
south china hk

0 comment... add one now