Biodata Mohd Afiq Azmi Penyerang Selangor

Biodata Mohd Afiq Azmi Penyerang Selangor. Nama penyerang sensasi Selangor, Afiq Azmi kini menjadi bualan peminat the Red Giants angkara prestasi menakjubkan beliau bersama Selangor musim 2015 ini. Hatrik dalam tempoh sembilan minit Mohd Afiq Azmi di Stadium Shah Alam membantu Selangor mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Lions XII pada perlawanan Liga Super pada 18 April 2015. Afiq sebelum ini turut meledak dua gol ketika menentang ATM, minggu lalu dan hatrik ketika membenam Lions XII menyaksikannya mengumpul keseluruhan tujuh gol yang meletakkan namanya selaku penjaring kedua terbanyak Liga Super di belakang pemain PDRM, Mamadou.

Afiq AzmiMuhammad Afiq Azmi merupakan penyerang untuk Selangor FA dalam Liga Super Malaysia.2015. Dia sebelum ini bermain untuk KSK Tambun Tulang FC, Kuala Lumpur FA dan Kelantan FA. Dilahirkan di Kangar, Perlis, Afiq bermain dua musim untuk Kuala Lumpur FA dan merupakan penjaring terbanyak dalam pasukannya. Ketika tempoh pinjamannya bersama Kelantan FA, dia menunjukkan aksi cemerlang dalam perlawanan persahabatan sebelum kempen Piala Malaysia 2012 bermula. Dia menjaringkan gol hatrik ketika kemenangan 3-0 ke atas Pattani FC dan membantu pasukannya untuk seri 1-1 dengan PBDKT T-Team FC. Dia kemudiannya menyertai Selangor FA.

BIODATA MOHD AFIQ AZMI PENYERANG SELANGOR

Nama penuh    :  Muhammad Afiq Azmi
Tarikh lahir     : 05 Januari 1989 (26 tahun)
Tempat lahir     : Kg Batu Hampar Seriab, Perlis
Tinggi     : 1.85 m 

Berat    : 81 kg
Posisi   :    Penyerang
Nombor :     19

Kelab terdahulu :  Perlis, KL dan Kelantan
Laman Facebook : https://www.facebook.com/AfiqAzmi89

0 comment... add one now