Borang Rayuan Permohonan Ke Timur Tengah Sesi 2015/ 2016

Rayuan Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi Kemasukan 2015/ 2016. Dipetik dari Portal Rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi  akan membuka rayuan kepada pemohon yang TELAH membuat permohonan atas talian bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) sesi kemasukan 2015/2016 bermula pada 20 April 2015 sehingga  26 April 2015. 

Untuk makluman rayuan adalah dibuka bagi memberi peluang kepada pemohon untuk menukar negara, bidang dan universiti tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Syarat-Syarat Rayuan Permohonan Ke Timur Tengah    

Rayuan dibuka kepada pemohon yang TELAH MEMBUAT PERMOHONAN ATAS TALIAN SAHAJA. Pemohon perlu mengisi borang permohonan rayuan yang telah dimuatnaik dan mengemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut;
  • Borang Rayuan Timur Tengah
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Salinan Kad Pengenalan
Rayuan yang tidak memenuhi syarat dan tidak lengkap dengan dokumen yang diperlukan AKAN DITOLAK SECARA AUTOMATIK. Keputusan rayuan adalah MUKTAMAD.
Borang Rayuan Permohonan Ke Timur Tengah

Muat turun Borang Rayuan

Klik Timur Tengah 2015 untuk download

Tempoh Rayuan

Tempoh rayuan adalah dari 20 April 2015 sehingga 26 April 2015 DAN borang rayuan berserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 27 April 2015 (Isnin) sebelum pukul 5.00 petang.

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi di talian; 03-8870 6226 / 6627 dan No. Faks: 03-8870 6853.



Semoga berjaya
 

0 comment... add one now