Cara Daftar i-akaun KWSP Secara Online

Cara Daftar i-akaun KWSP Secara Online. Adalah sangat penting pada zaman teknologi serba canggih ini, sesuatu benda itu di buat secara online untuk keputusan yang pantas. Tidak terkecuali yang terbaru tentang keperluan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberikan makluman balas tentang hasrat KWSP untuk melanjutkan umur pengeluaran wang simpanan daripada usia 55 tahun ke 60 tahun. 

KWSP semalam mencadangkan dua pilihan pengeluaran wang caruman ahli dengan yang pertama umur pengeluaran penuh dinaikkan dari 55 ke 60 secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun atau pencarum membuat pengeluaran penuh pada usia 55 tahun dan caruman selanjutnya hanya boleh dikeluarkan pada usia 60 tahun.
Cara Daftar i-akaun KWSP Secara Online
Tiga cadangan lain adalah :-
  • Menyelaraskan kuantum caruman minimum dengan undang-undang gaji minimum
  • Melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 tahun kepada 100 tahun
  • Memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim sedia ada

Oleh itu bagi pencarum yang masih belum mempunyai i-Akaun untuk memberikan makluman balas mereka berhubung cadangan mengeluarkan wang simpanan pada usia 55 tahun atau 60 tahun, anda ada beberapa cara untuk mendaftar i-Akaun seperti berikut :-.
  • Mendaftar secara dalam talian (www.kwsp.gov.my)
  • Menghubungi pusat panggilan KWSP di talian 03-89226000
  • Datang sendiri ke Kiosk KWSP  - Senarai Kiosk KWSP
  • Datang terus ke kaunter KWSP - Senarai office KWSP
  • Kemudahan komputer di semua cawangan KWSP

Sehingga ini, terdapat kira-kira 1.43 juta pencarum yang mempunyai i-Akaun daripada sejumlah 14 juta pencarum KWSP dan pencarum mempunyai dua minggu bermula hari ini untuk menyatakan pilihan mereka.


0 comment... add one now