Ceria Popstar Astro 2016 Musim Keempat

Ceria Popstar Astro 2016 Musim Keempat. Program realiti hiburan yang berkonsepkan pertandingan nyanyian untuk kanak-kanak, Ceria Popstar, kini kembali di tahun 2016 untuk musim yang keempat. Selepas menobatkan peserta yang berasal dari Papar, Sabah iaitu Dayang atau nama sebenar Dayang Izyan Zawanie Iraril, berusia 15 tahun musim lalu,  Ceria Popstar Musim Keempat 2016 bakal menceriakan penonton selama 9 minggu dan secara eksklusif menerusi siaran saluran Astro Ceria (611) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Ceria Popstar Astro Musim Ketiga 2015

Jadual Ceria Popstar Astro 2016 Musim Keempat

  • Ceria Popstar akan bermula pada 25 Mac 2016 bermula jam 900 malam di Astro Ceria dan Maya HD
  • Bersiaran selama sembilan minggu termasuk episod uji bakat 
  • Konsert pertama Ceria Popstar akan bersiaran pada 1 April 2016

Senarai Finalis Ceria Popstar Astro Musim Keempat 2016

12 peserta Ceria Popstar 2016 finalis terbaik sudah dikenal pasti menerusi sesi uji bakat terdiri dari 8 lelaki dan 4 perempuan. Mereka adalah:-

Lelaki

  1. Muhammad Hady Muhammad Faiz, 14 tahun
  2. Irfan Harris Othman, 15
  3. Wafiy Irfan Ariffen Kamal Ariffen, 10
  4. Hazmil Hassan, 11
  5. Muhammad Shahreza Abu Samah, 13
  6. Muhammad Aniq Iffat Ruzaimi, 10
  7. Muhd Fikri Mohd Tahar, 14
  8. Mohamad Sharie Amzah, 10

Wanita

  1. Siti Junaidah Bekri, 14
  2. Eylia Eyre Guntabid, 15
  3. Siti Amirah Dalili Mohd Amerullah, 11
  4. Pasangan duo adik-beradik Fatma Naslin, 14, & Farhana Naslyn Suhailin, 11

Sesi uji bakat telah dijalankan pada musim cuti persekolahan Disember lalu di empat lokasi iaitu Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Selangor.

Informasi Ceria Popstar 2016

  • Pengacara atau Hos : Nabil Ahmad dan Wafiy (bekas peserta Ceria Popstar)
  • Datuk Aznil Nawawi : Penaung program Ceria Popstar
  • Juri tetap : Awie dan Siti Nurhaliza
  • Tenaga Pengajar : Mark Adam, Jaclyn Victor dan Black

Keputusan Pemenang Dan Hadiah

Berikut adalah senarai hadiah buat pemenang Ceria Popstar 2016 :-
  1. Juara : Hadiah wang tunai RM20,000
  2. Naib Juara : RM15,000
  3. Tempat Ketiga : RM10,000

Oleh itu, jangan lepaskan peluang menonton Ceria Popstar 2016 Musim Keempat, yang pastinya menghiburkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 25 Mac 2016 di Astro Ceria (611) dan siaran serentak di Maya HD (135).

0 comment... add one now