Gambar Feri Krabi Ke Phuket Thailand Terbakar 8 April 2015

Berita Terkini Feri Krabi Ke Phuket Thailand Terbakar. Sebuah feri pelancong, Feri Ao Nang Princess membawa lebih 100 orang termasuk pelancong asing terbakar di Laut Andaman, Bahagian selatan Thailand ketika dalam pelayaran dari Krabi ke Phuket. Ia membawa kira-kira 115 orang dengan seorang kanak-kanak disahkan maut. Menurut Pejabat Gabenor Krabi, kanak-kanak yang terbunuh dikenali Shami Aril, berusia 12 tahun dari Israel. Operasi dilancarkan sejurus feri tenggelam. Semua mangsa yang diselamatkan dibawa ke Krabi dan punca kebakaran masih disiasat.

Mangsa ditemui sehari selepas lebih 100 pelancong asing terjun ke dalam Laut Andaman bagi menyelamatkan diri selepas feri yang dinaiki mereka terbakar kira-kira jam 1100 pagi hari Rabu 8 April 2015.

Feri Krabi Ke Phuket Thailand Terbakar
Pada mulanya polis memberitahu bahawa semua penumpang feri berkenaan terselamat sebelum mangsa dilaporkan hilang. Usaha mencari dan menyelamat dihentikan kelmarin akibat arus deras serta cuaca gelap sebelum disambung semula awal pagi semalam.

Feri berkenaan membawa pelancong asing dari Britain, Switzerland, Amerika Syarikat dan China. Kemalangan membabitkan pengangkutan awam seperti bas dan feri sering berlaku di Thailand akibat standard keselamatan yang lemah. Feri atau bot pelancongan juga sering karam akibat sikap tamak operator yang mahu mengaut keuntungan dengan membawa penumpang berlebihan ketika kemuncak musim pelancongan.

Pada 2013, tiga pelancong asing antara enam yang maut selepas feri yang sarat dengan penumpang karam berhampiran pusat pelancongan Pattaya. - AFP & myMetro


Gambar Feri Krabi Ke Phuket Thailand Terbakar 8 April 2015
Feri Krabi Ke Phuket Thailand Terbakar
Feri Krabi Ke Phuket Thailand Terbakar

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now