Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015

Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015. Kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 8.5 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Bandar Baru Uda di sini mengakibatkan kesesakan lalu lintas teruk sejauh hampir 10 kilometer. Dalam kejadian, sebuah lori kontena terbalik dan melanggar papan tanda gantri di Persimpangan Teluk Danga di Lebuhraya Skudai FT1 dari Skudai menghala ke Johor Bahru, menyebabkan gantri roboh dan menyekat kesemua lorong trafik arah pusat bandar raya. Kejadian berlaku seawal 5.30pagi. 

Sila gunakan laluan Altenatif iaitu memilih jalan EDL dan Jln Tampoi untuk ke bandaraya JB. Berhati-hati semasa memandu, patuhi arahan lalulintas. Kerja pengalihan dan pembersihan sedang dilakukan oleh pihak berkuasa. 
Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015
Kepada pengguna jalan raya yang hendak ke pusat bandar raya Johor Bahru, sila elakkan daripada menggunakan Lebuhraya Skudai FT1. 

1.) Bagi pengguna jalan raya dari arah Skudai, sila gunakan Jalan Kempas Lama J192 dan seterusnya Jalan Kempas Baru / Jalan Datin Halimah J3.
2.) Bagi pengguna jalan raya dari arah Tampoi, sila gunakan Jalan Tampoi FT3374 diikuti Jalan Datin Halimah J3.
3.) Bagi pengguna jalan raya dari arah Senai, sila gunakan Lebuhraya Utara-Selatan E2 diikuti Lebuhraya EDL E14.
SUMBER FB JKR Johor
Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015

Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015

Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015

Gambar Punca Kesesakan Lalu Lintas Teruk Di JB 21 April 2015
 

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 21 April, 2015
Allahu moga-moga pemandu lori tu selamat lah hendaknya...