Garis Panduan BB1M 2015 Dan Senarai Penjual Berdaftar

Garis Panduan BB1M 2015 Dan Senarai Penjual Berdaftar. Dipetik dari Portal Rasmi KPM, berikut adalah senarai nama pekedai yang berdaftar dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) dan juga nama-nama penjual/pekedai buku yang telah berdaftar dengan pihak BSN berserta Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 boleh dimuat turun di bawah. 

1) Nama-nama Penjual Buku dan Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia



BB1M 2015 Dan Senarai Penjual Berdaftar
Untuk makluman, pada  10  Oktober  2014,  YAB  Perdana  Menteri  Malaysia merangkap  Menteri Kewangan  I  di  dalam  pembentangan  Bajet  tahun  2015  telah  meluluskan peruntukan  sejumlah  RM325  juta  untuk  pemberian  Baucar  Buku  1Malaysia (BB1M). Semua 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dijangka menerima manfaat daripada program ini.

Pemberian    BB1M    2015    adalah    bertujuan    untuk    meringankan    beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar  yang  layak  menerima  BB1M  2015  ini  mestilah memenuhi  kriteria seperti berikut :- 
a)  Warganegara Malaysia;
b)  Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M  2015;
c)  Sedang   melanjutkan   pengajian   dan   berstatus   aktif pada   31 Disember 2014. 
d)  Sedang  melanjutkan  pengajian  di Tingkatan  6, Senior  Middle  3, Sijil Tinggi Agama  Malaysia  (STAM),  Diploma  Kolej  Vokasional  (Tahun  3 dan  4),  Matrikulasi,  Pengajian  Asas  (Foundation),  Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan  kursus  profesional  yang bertaraf  diploma  dan  ke  atas  yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
e)  Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)   atau   IPT   yang   telah   berdaftar   di   bawah   akta-akta   yang berkuatkuasa; dan
f)   Sedang  melanjutkan  pengajian  secara  sepenuh  masa  atau  separa masa

TEMPOH PELAKSANAAN
BB1M 2015 ini sah diguna pakai sehingga 30 Jun 2015

KADAR BAYARAN
Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M 2015 berjumlah RM250

0 comment... add one now