Harga Dan Spesifikasi Samsung Galaxy S6 Baru

Samsung telah memperkenalkan peranti baru smartphone Samsung S6 dan S6 Edge yang kini boleh ditempah dengan harga RM2,599 dan RM3,099 sebelum ia mula dijual 17 April 2015 ini. Samsung Galaxy S6 ini bukan saja kuasa dalaman malah reka bentuk luaran yang mengalami perubahan radikal dan ekstrem apabila Samsung menggunakan rekaan unibodi dan mengorbankan kebolehan mencabut penutup belakang dan menukar bateri.

Harga Dan Spesifikasi Samsung Galaxy S6 Baru

Ia dikuasakan CPU keluaran Samsung sendiri, Exynos tetapi dengan rekaan 14mm yang lebih efisien tenaga serta berprestasi tinggi di samping RAM 3GB DDR4 lebih pantas daripada biasa digandingkan bersama setoran UFS2.0 dikhabarkan lebih laju daripada storan eMMC 5.0 yang biasa.
Samsung Galaxy S6 Baru
S6 turut diberi binaan baru dengan penggunaan gelas Corning Gorilla 4 bukan saja di depan tetapi di belakang bagi memberi rupa bentuk premium.

Manakala S6 Edge tampil dengan rekaan lengkung di kiri dan kanan membuka inovasi mantap dari syarikat Korea terbabit.

Harga Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge

Harga runcit bagi Samsung Galaxy S6 adalah RM2,599 manakala Samsung Galaxy S6 Edge RM3,099, termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan opsyen storan 16GB. 

Harga runcit bagi pad mengecas pula adalah RM232. Pilihan warna bagi Samsung Galaxy S6 adalah White Pearl, Black Sapphire, Gold Platinum dan Blue Topaz. Samsung Galaxy S6 Edge pula ditawarkan dalam warna Green Emerald. Pengguna boleh membuat pra tempahan Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy S6 Edge bermula 3 hingga 16 April di laman web Samsung.

Spesifikasi Samsung Galaxy S6

specs samsung galaxy s6
SUMBER

0 comment... add one now