Harga Kereta Naik Atau Turun Selepas GST?

Harga Kereta Turun Selepas GST. Ramai yang menunggu dan ada yang terpaksa menangguhkan hajat untuk membeli kereta kerana tidak pasti samada harga kereta akan turun atau naik selepas pelaksanaan GST. Sebelum pelaksanaan GST ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menggesa orang ramai untuk membeli kereta sebelum GST memandangkan kebanyakan syarikat kereta merancang untuk mengurangkan inventori mereka dengan tawaran yang menarik. Syarikat-syarikat kereta ini pasti mahu mengurangkan stok kereta yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum 1 April, apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mengambil tempat.

Menurut
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad pula, secara keseluruhannya harga kereta akan menjadi lebih murah selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) diperkenalkan pada 1 April 2015. Beliau menjelaskan CBP hanya enam peratus sahaja manakala cukai jualan kenderaan ketika ini ialah 10 peratus. Cukai jualan kenderaan akan dimansuhkan pada 1 April.

Harga Kereta Naik Atau Turun Selepas GST?
Harga Kereta Selepas GST
Dan berita baik kepada mereka yang ingin membeli kereta selepas GST seperti dipetik dari BH Online, memaklumkan yang tiga pengeluar kenderaan telah mengumumkan pengurangan harga antara RM500 hingga RM4,000 bagi model kereta masing-masing susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa hari ini.

PROTON Holdings Bhd (PROTON) mengurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit bagi semua modelnya terdiri daripada Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz.
Sebagai contoh, pengguna kini boleh membeli Proton Saga dari harga serendah RM33,242.40 atau Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46. Semua harga ini sudah mengambil kira enam peratus GST dan juga harga di atas jalan. 
 
Honda Malaysia Sdn Bhd pula mengurangkan antara RM500 hingga RM2,500 kenderaan Honda yang dipasang sepenuhnya (CKD) di negara ini iaitu Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan model terbaru HR-V.

Sementara itu, UMW Toyota Motors Sdn Bhd mengumumkan pengurangan sehingga RM4,000 atau dua peratus bagi model kereta Toyota dan Lexus.



Terkini - 1 April 2015. Beberapa syarikat lagi telah menurunkan harga kereta selepas GST
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Mercedes-Benz, Perodua dan Sime Darby Auto Connexion telah mengurangkan harga sehingga RM10,000 sejajar dengan cadangan kerajaan dan Akta Anti-Pencatutan 2011.

Sime Darby Auto Connexion, pengedar kenderaan Ford, menurunkan harga Ranger 3.2 XLT 4×4 Automatic kepada RM110,504.80 daripada RM110,506.45 sebelum ini, manakala S-Max 2.0 dikurangkan kepada RM198,833.41 berbanding 198,933.90 sebelum GST.

Harga kereta Mercedes-Benz dijual di Malaysia turun sebanyak RM10,000 berbanding sebelum GST.

Selepas enam peratus GST mulai hari ini, harga Mercedes-Benz E300 Blue TEC Hybrid turun 2.87 peratus kepada RM338,888 daripada RM348,888 (tanpa insurans).

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd mengumumkan ia mengurangkan harga kenderaan sebanyak 0.3 peratus hingga dua peratus untuk model terurai sepenuhnya, walaupun harga model siap dipasang kekal tidak berubah.

Pengeluar kereta tempatan, Perodua mengurangkan harga keretanya di antara 0.1 dan 1.6 peratus, tetapi harga alat ganti tidak berubah.

Bagaimanapun, Volkswagen Malaysia mengekalkan harga jualan bersihnya (tidak termasuk kos atas jalan dan insurans), termasuk GST.

Sebelum ini, semua kereta baharu tertakluk kepada 10 peratus cukai jualan ke atas Harga Jualan Diluluskan Kerajaan.

Bagaimanapun, rejim cukai jualan itu dihapus dan diganti dengan enam peratus GST, iaitu cukai nilai tambah, cukai yang dibayar ke atas nilai yang ditambah kepada produk atau perkhidmatan.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now