Harga Lesen Memandu Terkini

Harga Lesen Memandu Terkini. Kita sudah memasuki tahun 2016 yang serba mencabar ini. Selepas pelaksanaan GST bermula 1 April 2015 yang lalu banyak barangan dan perkhidmatan yang naik harga. Tidak terkecuali ada yang turun harga dan ada juga yang kekal dengan harga lama. Berikut adalah Harga Terkini kadar bayaran bagi Lesen memandu Kenderaan yang dipetik dari Portal JPJ. Kadar terkini ini melibatkan tiada kenaikan selepas GST. 

Dikongsikan juga kadar bayaran bagi mendapatkan lesen memandu terkini seperti lesen motorsikal, kereta dan sebagainya. Semuanya ada dikongsikan di bawah ini.
yuran lesen memandu

HARGA LESEN MEMANDU TERKINI

1. Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Pemandu

Berikut adalah Jadual kadar bayaran yang ditetapkan bagi urusan yang melibatkan perlesenan pemandu. Sumber JPJ

JENIS LESEN KADAR BAYARAN (RM) TEMPOH
LESEN L (BARU) LDL

Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu) 2.00 3 bulan
Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu) 4.00 6 bulan
Kelas B (penuh) 20.00  3 bulan
Kelas B (penuh) 40.00 6 bulan
Kelas D dan lain-lain 30.00 3 bulan
Kelas D dan lain-lain 60.00 6 bulan
LESEN PERCUBAAN (PDL)

Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu) 2.00 2 tahun
Kelas B (penuh) 40.00 2 tahun
Kelas D dan lain-lain kelas 60.00 2 tahun
LESEN MEMANDU KOMPETEN(CDL)

Kelas B2 (tunggal) 20.00 1 tahun
Kelas B (penuh) 20.00 1 tahun
Kelas D dan lain-lain kelas 30.00 1 tahun
Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL) 20.00 1 tahun
Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) 20.00 1 tahun
Permohonan Maklumat Lesen Memandu 10.00
Lesen Memandu Antarabangsa (IDP) 150.00 1 tahun
SALINAN LESEN MEMANDU

Lesen LDL 20.00
Lesen Percubaan (PDL) 20.00
Lesen Memandu Malaysia (CDL) 20.00
Lesen GDL/PSV 5.00
Gantian Lesen Memandu (LDL/PDL/CDL)
(untuk kes ragut sahaja)
PERCUMA

2. Kadar Bayaran Bagi Mendapatkan Lesen Memandu Kereta Dan Motor Bermula 1 September 2014.

Menerusi kenyataan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 15 September 2014,  pihak JPJ telah menetapkan harga siling (harga kawalan) lesen memandu mulai 1 September 2014 yang berkuatkuasa disemua Institut atau Sekolah Memandu diseluruh negara. Tujuan utama harga siling lesen memandu dikuatkuasakan adalah untuk mengelakkan sekolah memandu meletakkan harga lesen yang terlalu tinggi dan tidak munasabah. Oleh itu, sekolah memandu yang ingkar dan tidak mematuhi harga kawalan tersebut boleh dikenakan tindakan tegas.

a) Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motor Mulai 1 September 2014


Harga Lesen Memandu

Panduan Kategori Kelas Memandu Malaysia JPJ Mulai 1 September 2014

  • B – Motosikal melebihi 500 cc
  • B2 – Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • D – Lesen Kereta Transmisi Manual
  • DA- Lesen Kereta Transmisi Automatik

Tarikh Kuatkuasa Harga Baru Lesen Memandu Mulai 1 September 2014

Pihak JPJ dalam satu kenyataan telah menguatkuasakan harga terkini lesen memandu mulai 1 September 2014.

3. Harga Terkini Belajar Lesen Memandu 2016

Berikut adalah harga terkini untuk mendapatkan lesen memandu (belajar) yang dikongsikan dari beberapa buah syarikat memandu di Malaysia. Terdapat perbezaan harga di antara negeri di Malaysia.

1. Shah Alam, Selangor

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,600
Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM1,250
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM600
Lesen Memandu Motorsikal B Full : RM1,200
Lesen Memandu Lori E Full : RM1,400
Lesen Teksi : RM800
Lesen Memandu Bas/ Bersendi Lori : RM1,500
Lesen GDL (Lori kurang 3 tan) : RM300
INSTITUT MANDU CEKAP HI-TEC SDN BHD, SHAH ALAM

2. Batu Caves, Selangor 

Lesen Memandu Kereta D : RM1,050
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM500
Lesen Memandu Motorsikal B Full : RM950
Lesen Memandu Lori E : RM850
Lesen Memandu Kereta dan Motorsikal (B2D) : RM1,500 


3. Klang, Selangor

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,860
Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM1,660
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM598
Lesen Memandu Motorsikal B Full : RM1,500

Lesen Memandu Lori E Full : RM1,400
Metro Driving Academy, Meru Klang 

4. Johor Bahru, Johor

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,600
Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM1,430
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM550
Lesen Memandu Motorsikal B Full : RM1,161.80
* Harga termasuk GST

Pusat Latihan Memandu Berjaya Berhad, Johor

5. Alor Gajah, Melaka

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,004.10
Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM863.90
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM283.40
Lesen Memandu Motorsikal B Full : RM834.10

* Pembayaran secara ansuran disediakan
Pusat Memandu Zapcity 

6. Kota Kinabalu, Sabah

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM2,070
Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM1,750
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM770

IMW Institut Memandu Wiinajasa Putatan 
 

Harga di atas adalah sebagai panduan. Jika berminat untuk mendapatkan lesen, anda boleh mengunjungi pusat belajar memandu yang berdekatan di tempat tinggal anda. Harga yang ditawarkan mungkin berbeza daripada apa yang dikongsikan bergantung kepada promosi syarikat, bayaran secara ansuran dan sebagainya.

{ 8 comments.. read them below or add one }

Tanpa Nama Tanpa Nama 12 Mei, 2016
;(( mahalnya
long mohamady long mohamady 20 Mei, 2016
Bolehkah pemilik Lesen e full lorry tidak melebihi 7500kg,memandu kereta manual atau menjadi satu kesalahan
Faiz andy Faiz andy 03 Jun, 2016
Sudah tentu boleh gdl tu utk lori.kelas D utk kereta xjd keslahan pun..
Tanpa Nama Tanpa Nama 09 Jun, 2016
Boleh bayar sikit2. Bincang dengan sekolah memandu yg kita nak amek lesen tu. Sy pun bayar ansur2. Setengah tahun baru slesai lesen D.
Giri Indro Giri Indro 09 Ogos, 2016
Untuk warga asing lesen memandu moto sampai barpe kena bayar..
Khai Azhar Khai Azhar 23 Ogos, 2016
Gdl Lori buat berapa tumpang tnya..bkn lesen E
Kasmah Hussien Kasmah Hussien 10 Disember, 2016
Sy tgl area pj..damansara jaya...mna paling dekat nak ambik kelas memandu ni?n berapa rm ye utk kereta?