Harga Terkini Kad Top Up Prabayar Telefon Bermula 1 Mei 2015

Harga Terkini Kad Top Up Prabayar Telefon Bermula 1 Mei 2015. Isu top up prepaid dikenakan GST menjadi isu hangat kembali apabila terdapat 2 kenyataan yang bercanggah di antara pihak Kastam dan SKMM. Jika menurut arahan Kastam ianya merupakan berita baik kepada pengguna perkhidmatan telefon yang menggunakan kad prepaid atau prabayar apabila Kastam Malaysia telah mengarahkan semua syarikat telekomunikasi (telcos) untuk mengekalkan harga top up telefon sama seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Mei 2015. 

Dipetik dari BH online, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad, turut mengarahkan supaya syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan kaedah penggunaan GST sama seperti kaedah pengenaan cukai perkhidmatan sebelum ini.  
Harga Terkini Kad Top Up prepaid 2015
"Kelmarin saya keluarkan surat kepada semua syarikat telekomunikasi bagi mengekalkan harga asal berdasarkan konsep termasuk cukai (tax inclusive) berkuatkuasa 1 Mei ini.

"Jika mereka bayar RM10, maka nilai kredit sama seperti apa yang pengguna bayar. Jika ada yang mengambil kesempatan, tindakan susulan akan diambil," katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.
Melalui arahan terbaharu itu setiap harga kad prabayar telah dimasukkan dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kaedah itu sama seperti penguatkuasaan cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan.

Namun jika merujuk kepada kenyataan terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Yang Menjelaskan Kedudukan Isu GST Bagi Top Up Prepaid yang mana SKMM menjelaskan harga isian semula prabayar kekal dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas harga isian semula.

Ini bermaka isian semula RM10 akan dijual pada harga RM10.60.

KENYATAAN MEDIA: MCMC PERJELAS KEDUDUKAN GST BAGI ISIAN SEMULA PRABAYAR
CYBERJAYA, Rabu, 29 April --- Isian semula prabayar akan terus dijual dengan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) ditambah kepada amaun isian semula. Sebagai contoh, isian semula RM10.00 akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST 6%, perjelas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Dato’ Sri Dr Halim Shafie.

“Seperti kenyataan kami pada 3 April 2015, satu kajian akan dijalankan oleh pembekal komunikasi untuk menilai sama ada pelanggan memilih nilai isian semula yang lebih rendah selepas GST dikenakan. Sebagai contoh, isian semula RM10.00 boleh dijual pada harga RM10.60 (isian semula RM10 dengan tambahan 6% GST) atau RM10.00 (isian semula dengan nilai RM9.43 dengan tambahan 6% GST),” kata Dr Halim.

“Sukacita saya maklumkan bahawa kajian yang dimaksudkan hampir selesai dan keputusannya akan dipersembahkan kepada pihak-pihak yang berkaitan pada minggu hadapan. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah bersetuju untuk membenarkan kajian ini dilaksanakan sebelum apa jua keputusan selanjutnya dibuat.”

“Pun begitu, terdapat kekeliruan sama ada isian semula prabayar akan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei. Harus difahamkan, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan seperti yang diminta dalam masa dua hari. Keduanya, keputusan kajian belum lagi tercapai dan ianya terlalu awal untuk memutuskan apa-apa pada masa ini.”

Masalah untuk kembali kepada kadar pra-GST adalah kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem-sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen-ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar-pasar raya, stesen minyak dan ejen-ejen jualan lain yang kesemuanya berjumlah lebih kurang 30,000.

Kos untuk melaksanakannya juga besar, baik bagi pembekal perkhidmatan mahupun ejen-ejen pihak ketiga. Tambahan lagi, stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara.

“Kos-kos ini juga harus dipertimbangkan dengan teliti sebelum keputusan muktamad dibuat,” kata Dr Halim.

“Seperti yang dipersetujui oleh semua pihak sebelum ini untuk menunggu sehingga kajian selesai, MCMC menggesa agar keputusan lanjut terhadap perkara ini hanya dibuat setelah memberi pertimbangan sewajarnya dari segi implikasi teknikal serta kewangan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, isian semula prabayar akan terus dijual dengan GST ditambah kepada amaun isian semula. Contohnya, isian semula RM10.00 akan berharga RM10.60 termasuk GST.
Tamat
Sumber FB SKMM

Berita Terkini Penangguhan Jual Harga Asal Kad Prabayar - 30 April 2015
Keputusan mengenai harga kad tambah nilai prabayar telefon bimbit yang akan dijual semula pada harga asal seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), ditangguhkan. Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata ia selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memaklumkan bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan syarikat telekomunikasi.

Terkini 13 Mei 2015
Kerajaan hari ini mengumumkan pembelian kad prabayar tidak akan dikenakan caj barangan dan perkhidmatan, GST dalam tempoh enam bulan lagi.

Kenyataan itu dibuat setelah menerima pakai maklum balas orang ramai khususnya pengguna yang merasa terbeban dengan dengan caj berkenaan. Namun Shabery menegaskan caj GST akan dikenakan bila pengguna mengaktifkan kad prabayar mereka.

0 comment... add one now