Jadual Separuh Akhir Piala FA 2015

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2015. Tamat sudah persaingan peringkat Suku Akhir Piala FA Malaysia 2015 sebentar tadi dengan empat pasukan berjaya layak ke peringkat Separuh Akhir Piala FA 2015 yang didominasi oleh pasukan dari Pantai Timur iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu. Wakil dari Seberang Tambak, Lions XII melengkapkan 4 pasukan yang layak. Kelantan membenam Sime Darby dengan aggregat 4-1 manakala Terengganu unggul mengatasi Perak dengan agg 3-1. Pahang disaing hebat tetapi berjaya layak dengan agg 4-2 ke atas Penang manakala Lions XII cemerlang mengatasi JDT II dengan agg 4-0.

Untuk peringkat separuh akhir ini pula, formatnya sama seperti peringkat suku akhir di mana perlawanan akan dijalankan secara home and away. Untuk makluman juara Piala FA 2015 akan layak mewakili Malaysia di AFC Cup 2016.
piala fa semi 2015

JADUAL SEPARUH AKHIR PERTAMA (9 Mei 2015 - SABTU)
LIONS XII mln TERENGGANU - Stadium Jalan Besar, Singapura, 7.45 mlm

PAHANG mln KELANTAN -
Stadium Darul Makmur, Kuantan, 8.45 mlm

* Separuh akhir kedua pada 16 Mei

KELANTAN mln PAHANG - Std Sultan Muhammad IV, 8.45 mlm 

TERENGGANU mln LIONS XII - Std Sultan Ismail Nasiruddin, 8.45 mlm 


0 comment... add one now