Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Ulangan 2018

Jadual Peperiksaan SPMU Ulangan Tahun 2018. Perhatian kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan (SPMU), tarikh peperiksaan SPMU 2018 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan SPM(U) sesi Jun hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 28 Jun 2018

Untuk sesi November, calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan dan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan SPM. Jumlah kertas adalah bergantung kepada pilihan pelajar. Bagi mereka yang merupakan calon persendirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU 2018, anda boleh berbuat demikian pada bulan Mac 2017. Tahun lepas pendaftaran adalah dari 1 Mac hingga 31 Mac 2017.

  • Untuk peperiksaan awam 2018 yang lain seperti SPM, UPSR, PT3 dan sebagainya sila rujuk tarikh peperiksaan 2018 untuk maklumat lanjut.

Jadual Peperiksaan SPMU 2018

Nota dan arahan


Calon wajib menduduki  semua kertas  peperiksaan bagi  mata  pelajaran  yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas  peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata   pelajaran   berkenaan.   


Calon   yang tidak dapat menduduki atau    tidak    hadir sesuatu kertas    peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen  sokongan seperti  surat perakuan doktor atau  surat kebenaran  khas  Pengarah  Peperiksaan.  Dokumen  sokongan  ini  hendaklah diserahkan   kepada Ketua   Pengawas  Peperiksaan sebelum   tamat   tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2018.

Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum   peperiksaan.   Calon   hendaklah   memaklumkan   kepada pihak   JPN sekiranya   terdapat   kesilapan   maklumat dan mengisi   Borang   Pembetulan Maklumat Calon.  

Calon  dikenakan  bayaran RM  30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

Calon  hendaklah  membaca  Garis  Panduan  dan  Arahan  Peperiksaan  yang dinyatakan   dalam   Jadual   Waktu   Peperiksaan SPM   (Ulangan) 2018 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN  SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2018

Berikut adalah tarikh rasmi peperiksaan SPM Ulangan tahun 2018 :-
  • Sesi Jun
    • Ujian Lisan : 4 Hingga 30 Jun 2018
    • Ujian Bertulis : 25 Hingga 27 Jun 2018
    Sesi November
    • Ujian Lisan : 4 Hingga 30 Jun 2018
    • Ujian Bertulis : 13 November Hingga 13 Disember 2018
Jadual lengkap perperiksaan SPMU 2018 yang akan dilangsungkan selama 3 hari di mana jadual di bawah ini ada memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan akan dijalankan akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tahun 2018

Akan dikemaskini

Tahun 2017

  1. Selasa, 6 Jun 2017 : Matematik (Aneka Pilihan) Kertas 1, Matematik Kertas 2 dan Sejarah Kertas 1
  2. Rabu, 7 Jun 2017 :  Sejarah Kertas 3 dan Sejarah Kertas 2
  3. Khamis, 8 Jun 2017 : Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2
  4. Bahasa Melayu Kertas 3 : Tarikh dan masa akan ditetapkan oleh JPN  
Jadual spmu 2017

Selamat menghadapi peperiksaan SPM Ulangan 2018. Semoga berjaya dengan cemerlang. Jadual SPMU 2018 boleh di muat turun di LPM (Akan dikemaskini).

0 comment... add one now