Kalendar Puasa Sunat Dan Wajib 2016

Kalendar Jadual Puasa Sunat Dan Wajib 2016. Berikut adalah perkongsian tentang kalendar/ jadual puasa wajib dan sunat 2016 untuk simpanan agar menjadi panduan pada kita untuk melaksanakan ibadah mulia ini. Untuk tarikh penting Islam, sila rujuk Kalendar Islam 2016. Ibadah puasa mengandungi faedah dan manfaat yang besar, malah selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan elok juga melakukan puasa sunat yang terdapat dalam sepanjang tahun hijrah.

Kalendar Dan Tarikh Puasa Sunat Dan Wajib 2016

jadual dan tarikh Puasa Sunat Dan Wajib 2016

Puasa Sunat yang elok diamalkan

1. Puasa Isnin dan Khamis

Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

2. Puasa tiga hari setiap bulan

Ini mungkin senang sikit nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! 

3. Puasa hari ini, esok tak puasa

Lusa puasa semula, tulat tak puasa. Ini maknanya puasa sehari, tak puasa sehari. Selang seli antara keduanya. Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal.

Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya “Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari” (Riwayat Bukhari)

4. Puasa pada hari Arafah

Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut  besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.
  • Niat Puasa Hari Arafah - Klik Puasa Arafah
  • Puasa Arafah tahun 2016 adalah pada 11 September 2016 (Ahad)
Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

5. Hari kelapan Zulhijjah

 
Amat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah  iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.

6. Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.

Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)

7. Puasa bulan Syaaban

Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

8. Puasa ‘Asyura

Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan iaitu Hari Tasu'a. 
  • Niat puasa Hari Tasu'a dan Asyura (9 & 10 Muharram) di Niat Puasa
‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.

Kalendar Takwim Puasa Sunat dan wajib tahun 2016 :

jadual dan tarikh Puasa Sunat Dan Wajib 2016


Untuk panduan umat Islam juga berikut disertakan hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Hari Makruh berpuasa sunat

  •  Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  •  Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
  •  Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
  •  Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

Hari haram berpuasa sunat

  •     Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
  •     Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
  •     Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  •     Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
  •     Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
  •     Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban

Semoga Kalendar Puasa Sunat Dan Wajib 2016 ini bermanfaat buat semua dan boleh dijadikan panduan.

 

0 comment... add one now