Kalkulator GST Malaysia Cara Kira Secara Online

Kalkulator GST Malaysia Panduan Cara Kira Secara Online. Umum sedia maklum yang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah mula dilaksanakan mulai 1 April 2015 yang lalu. GST menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kadarnya boleh meningkat sehingga 10 peratus, bergantung kepada rangkaian perniagaan dan jenis produk. Bagaimanapun, di bawah GST, kadarnya ditetapkan kepada enam peratus dan ia akan dikenakan kepada setiap bahagian dalam proses pengeluaran. 

Di bawah pelaksanaan GST, lebih banyak syarikat perlu membayar cukai kerana sistem itu memerlukan syarikat-syarikat mematuhinya dan perniagaan perlu mengikut sistem berkenaan. Peniaga yang memperolehi kadar perolehan sebanyak RM500 ribu setahun akan mengenakan cukai kepada pengguna.  

Kalkulator GST Malaysia Online 
Kalkulator GST Malaysia Online
Namun, bagi mengelak dari ditipu oleh peniaga yang sengaja mengenakan GST tidak bertempat dan secara sewenang-wenangnya, pastikan resit pembelian tertera nombor pendaftaran/ID GST yang sah.

Bagi anda yang ingin merancang pembelian dan ingin mengetahui kadar GST, anda boleh mengira kadar itu dengan menggunakan kalkulator pengiraan GST secara online.

    Kalkulator 1: http://www.rapidtables.com/calc/finance/gst-calculator.htm
    Kalkulator 2: http://gst.customs.gov.my/en/Pages/default.aspx 


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now