Keputusan Undian Bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura

Keputusan Undian Kumpulan Bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura. Dipetik dari FB Rasmi FAM, keputusan undian peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan SEA 2015 Singapura menyaksikan Malaysia diletakkan  di Kumpulan B bersama juara  dan semi finalist  Suzuki Cup 2014, Thailand dan Vietnam. Undian telah diadakan pada hari ini, 15 April 2015. Semalam juga diadakan undian kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2015 di mana Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A

Untuk Sukan SEA 2015 kali ini, jurulatih Datuk Ong Kim Swee telah menyenaraikan barisan terkuat untuk skuad Malaysia U23 (Sukan Sea) 2015 yang bakal diadakan pada 5 hingga 16 Jun 2015. Timbalan Pre­siden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria pula telah dilantik sebagai Chef de Mission (CDM) Sukan SEA Singapura 2015 oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Aksi peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan SEA 2015 akan berlangsung di Stadium Jalan Besar dan Stadium Bishan, manakala final di Stadium Nasional Kallang.

Bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura
Berikut adalah keputusan undian peringkat kumpulan bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura : -

KUMPULAN A
Singapura, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Filipina

KUMPULAN B
Thailand, MALAYSIA, Vietnam, Laos, Brunei, Timor Leste



0 comment... add one now