Panduan Cara Solat Tahajjud Niat Dan Doa

Panduan Cara Solat Sunat Tahajjud. Berikut dikongsikan cara solat Tahajjud beserta niat dan doa. Berjaga malam untuk beribadah sangat dituntut oleh Agama Islam dan cara ibadah yang paling utama adalah sembahyang tahajud atau solat malam. Pengertian Tahajjud ialah solat/sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-sebaik solat selepas solat fardu
ialah solat malam (tahajud).” 
Cara Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Sunat Tahajjud Niat Dan Doa

Fadilat Sembahyang Tahajjud

  • i. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
  • ii. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin.
  • iii. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  • iv. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
  • v. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  • vi. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  • vii. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  • viii. Jauh daripada kebinasaan.

Cara Mengerjakannya

Niat Solat Tahajjud

lafaz niat: أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)


Maksudnya : “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah taala.”

Bacaan

  1. Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun
  2. Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas

* Panduan video di Solat Tahajjud

Doa Tahajjud

Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini :
doa solat sunat tahajjud
Maksudnya :
“Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”


Sekiranya tidak dapat menguasai bahasa Arab, bacaan doa diharuskan di baca dalam bahasa Melayu. 

SUMBER - Islam.gov.my 



1 comment... add one now