Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2016

Panduan Dan Borang Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2016/ 2017. Kemasukan Dan Tukar Jurusan. Semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2016/ 2017 akan diumumkan pada 14 April 2016. Pada tahun lepas ianya telah diumumkan pada 15 April 2015 bermula jam 1201 pagi. Pendaftaran pelajar adalah pada 5 Mei 2015. Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 dengan mengisi borang rayuan dan mengikuti panduan serta langkah-langkah berikut:-


Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2015

CARA BUAT RAYUAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2016

Kemasukan murid ke Tingkatan 6 tahun 2016 adalah secara tawaran oleh KPM dan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2015 boleh membuat semakan secara online di applikasi semakan bermula dari 14 April 2016.

Bagi mereka yang gagal, pelajar boleh merayu dengan merayu dengan mengikuti panduan di https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/ mulai
14 April 2016 sehingga 27 Mei 2016. Terdapat lima kategori rayuan Tingkatan 6 2016 dan sila klik link borang untuk memuat turun/ download borang.

NOJENIS RAYUANTARIKH BUKA TARIKH TUTUPSYARATJENIS BORANGTEMPAT HANTAR
1Calon SPM 2015 yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 (Untuk kelonggaran syarat Koko)14 APRIL 201627 MEI 2016Jurusan Kemanusiaan : 13 hingga 16 Unit. Jurusan Sains - TiadaT6BKK ONLINESalinan HARD COPY perlu dihantar ke Sekolah Pusat Tingkatan Enam
2Kecuali Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Rayuan Umum. Menolak tawaran matrikulasi, IPTA, IPTS/ tiada penempatan/ Calon Kertas Julai Ulangan 2015/ cukup syarat tetapi tidak ditawarkan/ tercicir/ lain-lain
14 APRIL 201627 MEI 2016Cukup syarat kemasukan : Kepujian BM, Lulus Sejarah dan sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak lebih 12T6BRUSekolah Pusat Tingkatan 6
3Calon persendirian dan swasta serta Sekolah Menengah Agama Negeri 14 APRIL 201627 MEI 2016T6BCPSekolah Pusat Tingkatan 6
4Bukan Warganegara14 APRIL 201612 MEI 2016Rujuk Unit Perhubungan dan Pendaftaran
5Tukar Jurusan14 APRIL 201627 MEI 2016T6BRTJSekolah

Anda boleh memuat turun borang rayuan dan dokumen berikut sebagai panduan :-

PANDUAN MENGISI BORANG RAYUAN TINGKATAN 6

1. Borang  ini  hendaklah  disertakan  bersama  salinan  dokumen-dokumen  yang  telah  disahkan seperti berikut:
  • i. Keputusan peperiksaan SPM 2015
  • ii. Sijil kelahiran,
  • iii. Kad pengenalan/passport
  • iv. Sijil Berhenti Sekolah; dan
  • v. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.
2. Borang  ini  hendaklah  dikembalikan  kepada Pengetua  sekolah  asal.    Pengetua    sekolah bertanggungjawab  mengemukakan  semua  borang  rayuan  murid  kepada
Bahagian  (kecuali Sekolah  Menengah  Harian  dan  Sekolah    Menengah  Teknik)/
Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
 
3. Tarikh  tutup  permohonan  adalah pada 27 Mei 2016 (Tahun lepas pada 4 Jun 2015).  Permohonan  yang  lewat  tidak akan dipertimbangkan.
 
4. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
  • i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2015 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
  • ii. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain;
  • iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am - Syarat kemasukan Tingkatan 6 sila Klik di Syarat AM ; dan
  • iv. Mendapat  sokongan  penuh  daripada  Pengetua  sekolah  dan  perakuan  rekod  disiplin yang baik
5. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.
 
6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 14 Jun 2016. Klik semakan keputusan rayuan Tingkatan 6 2016 untuk menyemak status rayuan.
 
7. Murid hendaklah melapor diri mulai 20 Jun 2016 atau dalam tempoh 7 hari waktu bekerja. Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang  ditetapkan, calon dianggap sebagai menolak tawaran.
 
8. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Selamat membuat Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2016 dan semoga anda berjaya.

{ 39 comments.. read them below or add one }

nor shuhada nor shuhada 16 April, 2015
Salam, saya nk tnya bilakah tarikh daftar masuk bagi pelajr yang membuat rayuan???
Dinesh Nesh Dinesh Nesh 16 April, 2015
selamat sejahtera sy nak tnya lepas mengisi borang tingkatan 6 borang tu kena hantar kat sekolah asal selain itu mata gred sy melebihi 14 unit blh tak sy masuk ke jurusan kemanusian kalau lebih mata gred kena buat apa cikgu guide me plz
Rossa Calla Rossa Calla 17 April, 2015
sila refer http://rossacalla.blogspot.com/2015/04/soalan-lazim-faq-kemasukan-ke-tingkatan-enam.html

item 6
MF fiqri MF MF fiqri MF 18 April, 2015
saya nak tanya ,, lepas isi borang rayuan ke tingkatan 6 mestii hantar ke Pengetua sekolah lama ke ??
farihah mizi farihah mizi 22 April, 2015
salam,mcm mana saya nk tukar sekkoolah yang ditetepkan ke sekolah yg lain?mohon jawab
Rossa Calla Rossa Calla 23 April, 2015
sila baca di sini http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_003965.pdf rujuk item 8. ada panduan di situ
Shamimm Nadzeri Shamimm Nadzeri 28 April, 2015
saya nak tnya, pendaftaran brmula 5 mei kan,?mksudnya 6 mei tu dh bermula sesi persekolahan form 6 ka?
Rossa Calla Rossa Calla 01 Mei, 2015
Biasanya Lepas daftar terus orientasi
wen wei wen wei 05 Mei, 2015
hello...saya nak tanya website apa bolehkah saya isikan borang t6bkk untuk rayuan tingkatan 6?
Rossa Calla Rossa Calla 05 Mei, 2015
Sila klik http://sst6.moe.gov.my/semakanrayuan2015/doc/Borang_dan_panduan%20mengisi%20borang.pdf
Rossa Calla Rossa Calla 05 Mei, 2015
atau anda boleh download di http://www.ppdpgudang.edu.my/muatturun.php?namafail=2015-04-22_T6BKK%202015.docx
Izz Izz 05 Mei, 2015
kenapa borang T6BKK tak ada kat download ya?
sparta kook sparta kook 06 Mei, 2015
tmpang tnya, borang t6bru perlu hantar kpd pnetua atau ke jpn terus??? tq..
Tanpa Nama Tanpa Nama 06 Mei, 2015
kalau terlepas pendaftaran pada 5mei tu macam mana ye? saya kena buat rayuan ke atau ada cara lain untuk mendaftar?
Rossa Calla Rossa Calla 06 Mei, 2015
boleh cuba pergi terus ke tempat pendaftaran sekolah yang ditetapkan....tanya di sana bagaimana prosesnya samada diperlukan merayu atau boleh terus masuk
Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Mei, 2015
Saya berumur 20 pada bulan julai 2015 tahun dan ingin belajar tingkatan 6. Saya ada peluang ke?
Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Mei, 2015
Saya bekas pelajar sekolah bantuan kerajaan. Saya ingin belajar T6 tetapi tidak mengambil peluang tersebut selepas SPM. November ini saya berumur 20 tahun. Adakah saya layak membuat rayuan.
Rossa Calla Rossa Calla 07 Mei, 2015
Rujuk syarat am iaitu Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2015
Natsu Dragneel Natsu Dragneel 21 Mei, 2015
Tumpang tanya selepas borang ditandatangani ke manakah harus saya hantar borang tersebut dan adakah boleh melalui surat?
Tanpa Nama Tanpa Nama 30 Mei, 2015
Saya pelajar spm 2013 belajar separuh jalan. Boleh tak sy memohon stpm dgn borang t6bru. Dan perlukah saya hantar kepada pengetua lama. Boleh bantu sy tak cikgu.
KIng Sara KIng Sara 17 Jun, 2015
Tmpang tanya bagaimana nak taw keputusan rayuan t6 2015 plz
KIng Sara KIng Sara 17 Jun, 2015
bilakah keputusan rayuan ting6 2015 Diumumkan?
Timothy Grey Timothy Grey 20 Jun, 2015
excuse me.. nak tnya.. kat dlm borang tu ckp 23 june tarikh rayuan akn dimaklum kan... mne satu yg btul ni 4 jun ke 23 jun?? Thanks...
Rossa Calla Rossa Calla 22 Jun, 2015
Yeah youre rite. the results will be announced on 23 rd June 2015 after 1201 am

TQ
Rossa Calla Rossa Calla 22 Jun, 2015
23 Jun 2015 selepas pkl 1201 pagi
Tanpa Nama Tanpa Nama 17 September, 2015
Salam saya nk tanya Sye form 6 untuk kes rayuan Sye daftar 25.6 Sye dh bljar 3 bulan dkt sni tpi Sye nk mohon tukar sekolah kerana ada mslah pengankutan Sye sudah isi borang pertukaran tpi msih xdpt respon ppd kawan Sye dia ckp dia hntar sndri pada ppd dlm msa 3 hari dia sdah dpt mklum blas ppd sni tpi dia bukan untk rayuan punya. Apa yg Sye perlu buat.Sye nk sgt tukar ke kolej.
Tanpa Nama Tanpa Nama 02 Februari, 2016
salam naktanya. saya dapat f6 2015. tapi saya tak masuk f6 sebab sy masuk belajar dekat lain. pada tahun 2016 ni saya nak masuk balik f6. boleh ke tak ? mcmana proses nakmasuk balik ? kena buad rayuan kat mana and bila ? tq
Ezy Ezy 25 Mac, 2016
hi sy nk smbhng form 6 tpi mslahnya sekolah sy xda form 6 . . boleh ka sy smbung form 6 d skolah len n mcam mna nk urus ?
Unknown Unknown 16 April, 2016
borang permohonan nak serah kepada pengetua sekolah lama atau tempat yang kita mohon?
Berapa salinan yang diperlukan ?
maksud dokumen-dokumen yang diperlukan itu apa ya ? contoh ?
Rossa Calla Rossa Calla 16 April, 2016
Boleh rujuk FAQ sebab saya tak tahu anda kategori apa
https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/doc/Borang_dan_panduan%20mengisi%20borang.pdf
nur Arien nur Arien 17 April, 2016
Sy nk tny brang ryuan kte print n isi scara mnual je kn..xperlu isi scara online?
Tanpa Nama Tanpa Nama 17 April, 2016
Nak tanya borang rayuan t6bkk boleh trus hantar ke jpn kah
Ryuz Chan Ryuz Chan 17 April, 2016
maafkan saya bertanya.. kalau saya nk tukar jurusan dan sekolah sekali mcm mana? kena isi borang tukar jurusan sahaja atau bagaimana?
Rossa Calla Rossa Calla 18 April, 2016
Sila baca soalan lazim FAQ Kemasukan tingkatan 6 ini dan rujuk item 5 dan 8
https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/doc/Soalan_lazim.pdf
Unknown Unknown 19 April, 2016
Hello...saya nak tanya... Bm saya dpt D shj, permohonan utk mengulang peperiksaan Bm pada bulan July dan Nov pun sudah deadline... saya masih ada peluang masuk form six tak jika saya hantar surat rayuan?
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 Jun, 2016
Assalamualaikum,
Saya pelajar Spm 2014 dan mengambil spm ulangan kira calon persendirian la ..Sy dh isi borang rayuan dn dh anta ..Ari bulan 14 julai 2016 dh boleh cek kan tp bila sy cek dya kata harap maaf sila semak no ic anda..Sy mmg masukkan no ic betul tp xboleh cek..Boleh tolong sy x ? apa patut sy kena buat utk melihat status tawaran sy ?