Panduan Kerja Projek Add Math SPM 2015 Negeri Perak

Panduan Kerja Projek Matematik Tambahan / Add Math SPM 2015 Negeri Perak.  Setiap  murid  yang  mengambil subjek Matematik  Tambahan diperlukan untuk  menjalankan kerja projek atau kerja kursus semasa  di  Tingkatan  5.  Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pelaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) bagi tahun 2015.

Kerja  projek  Add Math 2015 boleh  dilaksanakan dalam  kumpulan atau  individu,  tetapi  setiap  murid  perlu mengemukakan laporan   bertulis   secara   individu yang   ditanda   dan   digred   oleh   guru berdasarkan rubrik yang  dibekalkan  bersama  tugasan.  Wajaran  yang  tinggi  diperuntukkan kepada pengaplikasian proses  matematik seperti penaakulan,  membuat perkaitan, berkomunikasi secara  matematik,  perwakilan  dan  menggunakan  teknologi.  Murid  perlu  menyedari  bahawa proses matematik yang dilaksanakan semasa  menyelesaikan tugasan  KPMT, adalah sama penting dengan  mencari  jawapan  yang  betul.  
Kerja Projek Add Math SPM 2015
Oleh itu untuk panduan pelajar di Perak, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak telah menyediakan soalan tugasan KPMT 2015 bagi seluruh sekolah menengah Negeri Perak seperti berikut :-
  1. GARIS PANDUAN AM MENGENAI PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2015
  2. ITEM SOALAN
  3. RUBRIK KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2015
Untuk makluman lebih lanjut mengenai Kerja Projek Matematik Tambahan Negeri Perak 2015 ini sila klik Add Math 2015
 

5 comments.. read them below or add one

aidaa yasminn aidaa yasminn 13 Jun, 2015
Saya ada jawapan selangor 2015
whatsapp 01133286849
Tang Wanyee Tang Wanyee 13 Jun, 2015
add jawapan untuk perak tak ?
qayum shahimi qayum shahimi 16 Jun, 2015
saya nak jawapan johor T_T ....
Arif Kamal Arif Kamal 27 Jun, 2015
nakkk jawapan selangor addmath 2015 !! email kat saya boleh ??? plz
Nor Hafizan Nor Hafizan 20 Julai, 2015
ada contoh jawapan projek addmath perak x