Perbandingan Kos Dan Kelajuan Jalur Lebar Internet Malaysia Dengan Negara Lain

Perbandingan Kos Dan Kelajuan Jalur Lebar Internet Malaysia Berbanding Negara Lain. Malaysia mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju dalam masa lima tahun lagi iaitu pada tahun 2020. Dan biarpun rakyat negara ini semakin celik IT, hakikatnya kadar kelajuan jalur lebar broadband internet di negara ini masih rendah. Ini diburukkan lagi dengan kos langganan jalur lebar yang dilihat sangat tinggi berbanding negara-negara serantau yang lain.

Jika dilihat pada kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini, negara-negara seperti Singapura dan Thailand lebih ke hadapan dari segi kos dan kepantasan jalur lebar. Singapura dan Thailand, masing-masing secara purata memiliki kepantasan jalur lebar 61 megabits per saat (Mbps) dan 17.7Mbps. Ini diikuti Vietnam (13.1Mbps) dan Kemboja (5.7Mbps). Malaysia pula, mempunyai kepantasan 5.5Mbps.

Kos Dan Kelajuan Jalur Lebar Internet Malaysia
Perbandingan Kadar Kelajuan Jalur Lebar Broadband Internet Di Asia Tenggara
NegaraKepantasan Jalur Lebar (Mbps)
Singapura61
Thailand17.7
Vietnam13.1
Kemboja5.7
MALAYSIA5.5
Asia Tenggara12.4
* Kadar purata kepantasan Internet di negara-negara Asia Tenggara ialah 12.4Mbps, dan ini meletakkan negara kita di bawah kadar purata.

Kos jalur lebar 10Mbps di Malaysia pula dianggarkan RM199 (TM, September 2014). Di Singapura, kos jalur lebar 15Mbps ialah RM95.15 manakala di Thailand, kos jalur lebar 12Mbps ialah RM79.30.
Perbandingan Kadar Harga Pakej Jalur Lebar Broadband Internet Di Dunia
NegaraKos
Malaysia10Mbps - RM199
Singapura15Mbps - RM95.15
Thailand12Mbps - RM79.30
Korea Selatan100Mbps - RM98.88
USA45Mbps - RM330

Agak menarik juga untuk melihat bagaimana perkembangan jalur lebar di Korea Selatan yang diiktiraf negara dengan kelajuan Internet terpantas. Korea Selatan tahun lalu, memperkenalkan jalur lebar dengan kelajuan 10Gbps, yang berupaya memuat turun fail dengan saiz 1GB dalam masa 0.8 saat. Secara purata, kos jalur lebar 100Mbps di Korea Selatan ialah US$27 (RM98.88).

Amerika Syarikat pula, biarpun memegang status negara maju, turut berdepan situasi yang sama dengan Malaysia. Untuk jalur lebar dengan kelajuan 45Mbps, pengguna di sana perlu membayar kira-kira US$90 (RM330).

Pada Hari Rabu 16 April 2015, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mengumumkan penurunan kadar kos jalur lebar dalam masa dua bulan lagi. Kadar terbaharu itu menyaksikan penurunan di antara 10 peratus dan 57 peratus dari kadar sedia ada.

Tarif asas berharga RM25 untuk 1GB akan ditawarkan oleh semua pembekal perkhidmatan.

SUMBER


0 comment... add one now