Permohonan Egtukar Guru Sesi Jun 2016 Online

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2016 egTukar Online. Berita baik buat guru yang ingin memohon pertukaran sekolah apabila Sistem Pertukaran Guru memaklumkan yang permohonan pertukaran guru Antara Bahagian/ Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran Sesi Jun 2016 akan dibuka bermula 1 April 2016.

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2016 adalah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based).

egtukar

Permohonan Egtukar Guru Jun 2016 Online

Kepada guru yang berminat untuk memohon pertukaran, berikut dikongsikan maklumat penting permohonan yang termasuk link applikasi permohonan, tarikh buka dan tutup permohonan.

Applikasi Permohonan egTukar

Soalan Lazim egTukar (FAQ)

Berikut dikongsikan di antara soalan lazim permohonan pertukaran Guru :-
  • Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:
  • a. Kepentingan perkhidmatan
  • b. Kekosongan jawatan
  • c. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon 
  • Guru  boleh  memohon  bertukar  ke mana-mana  daerah/sekolah.  Namun  begitu, kelulusan akan mengambil    kira    bilangan keseluruhan permohonan    ke daerah/sekolah tersebut  berdasarkan kepentingan  perkhidmatan,  kekosongan jawatan dan keperluan opsyen.
  • Tiada pertukaran suka sama suka.
  • Keputusan  adalah  muktamad. Tiada Rayuan dan  pemohon  dinasihatkan  untuk membuat pemohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang. 
Untuk soalan lazim sepenuhnya, sila rujuk di FAQ egTukar

Cara Hubungi

Sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri atau Bahagian masing-masing jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan permohonan pertukaran. (dapatkan no. telefon di 'Bantuan').
SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PERTUKARAN YANG DILULUSKAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN.

Kepada guru yang berminat, sila buat Permohonan Egtukar Guru Sesi Jun 2016 Online mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh KPM. Semoga anda berjaya.

0 comment... add one now