Rayuan BR1M 2015 Dilanjutkan Ke 15 April

Rayuan Permohonan BR1M 2015 Dilanjutkan Ke 15 April. Berita baik kepada pemohon BR1M 2015 apabile Kerajaan menurut kenyataan Kementerian Kewangan bersetuju melanjutkan tarikh akhir tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 (BR1M) kepada 15 April 2015 ini. Pada masa yang sama, kerajaan juga bersetuju pembayaran peringkat kedua BR1M 2015 akan dibuat mulai 28 Mei ini.

"Lanjutan tempoh sehingga 15 April 2015 ini bagi memberi peluang kepada pemohon yang gagal untuk mengemukakan rayuan. "Permohonan rayuan BR1M 2015 boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat,"

Rayuan BR1M 2015
Sebelum ini, tarikh akhir tempoh rayuan BR1M 2015 adalah pada 31 Mac.

Menurut kenyataan itu, secara keseluruhan hampir 7.28 juta penerima sudah mendapat manfaat BR1M tahun ini, dan daripada jumlah itu seramai 4.17 juta adalah penerima bagi kategori isi rumah di bawah pendapatan RM3,000 dan seramai 410,000 lagi penerima bagi kategori isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000. Bagi kategori individu bujang adalah seramai 2.7 juta penerima.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 03 April, 2015
makanya sesiapa yang belum merayu tu, silalah buat rayuan dengan sewajarnya...