Refund Cukai Terlebih Bayar Tidak Kena GST

Refund Cukai Income Tax Terlebih Bayar Tidak Kena GST. Pembayar cukai kini boleh menarik nafas lega apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan yang pembayar cukai boleh mendapat bayaran balik cukai terlebih bayar dalam masa dua hari selepas menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), kata Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.
  
Beliau berkata, bayaran balik cukai terlebih bayar kepada LHDN boleh dilakukan dalam masa dua hari jika segala maklumat yang diberikan adalah betul.
  
"Bila maklumat yang diberikan adalah betul kita akan proses dengan cepat. Tapi bila hantar borang dengan maklumat yang tidak lengkap ini akan menyebabkan LHDN makan masa untuk proses. "Secara purata kalau hari ini hantar, esok proses, lusa dia (pembayar cukai) dapat (bayaran cukai terlebih bayar). Bagaimanapun, semua ini bergantung kepada jumlah BNCP yang diterima," katanya ditanya mengenai tempoh pembayaran balik cukai terlebih bayar.
income tax gst
Lanjutan daripada pelaksanaan GST pada 1 April 2015, terdapat beberapa maklumat salah telah disebarkan di media sosial mengenai amaun cukai terlebih bayar yang dipulangkan semula (bayaran balik cukai) kepada pembayar cukai akan dikenakan cukai barang & perkhidmatan (GST).

Berikut PENAFIAN REFUND LHDNM KENA GST seperti dipetik dari status FB Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengesan beberapa maklumat salah yang disebarkan di media sosial mengenai amaun cukai terlebih bayar yang dipulangkan semula (bayaran balik cukai) kepada pembayar cukai telah dikenakan cukai barang & perkhidmatan (GST).

Adalah ditegaskan bahawa pemprosesan bayaran balik cukai tidak dikenakan GST mahu pun apa-apa caj oleh LHDNM. Justeru, LHDNM menasihatkan pihak-pihak berkenaan agar membuat pembetulan dan tidak sesekali menyebarkan fitnah berkenaan. LHDNM tidak teragak-agak untuk menggunakan peruntukan Undang-Undang Malaysia yang ada bagi memastikan hanya maklumat yang tepat dan benar sahaja dikongsikan.
Sekian, terima kasih.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now