Semakan Panggilan Temuduga IPG 2017 Online

Semakan Panggilan Temuduga IPG 2017 Program Guru KPM Online. Umum sedia maklum yang Permohonan Calon Guru IPG PISMP 2017 akan di tutup pada 30 Mac 2017. Untuk pemohon, terdapat beberapa aktiviti yang perlu ditempuhi selepas dapat diterima untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dahulunya Maktab Perguruan. Semakan Panggilan Temuduga IPG 2017 Online akan dibuat selepas permohonan IPG ditutup serta Ujian kelayakan Calon Guru atau UKCG diadakan.

Semakan Panggilan Temuduga IPG 2017 Online

Menurut Kalendar Aktiviti IPG 2017, tarikh semakan nama yang berjaya di panggil temuduga dijangka boleh di semak secara online dari 9 Mei hingga 22 Mei 2017. Tarikh telah dipinda ke 15 Mei 2017 jam 5.00 petang sehingga 22 Mei 2017 jam 11.59 tengah malam. Tarikh temuduga pula adalah dari 21 hingga 26 Mei 2017.
Tarikh rasmi dan link semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari KPM.

Semakan Temuduga IPG 2017 Online

Tarikh Penting Temuduga IPG 2017

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting sebelum dan selepas panggilan Temuduga diadakan :-

A. Tarikh Permohonan Ditutup 

  • 30 Mac 2017 (11.59 malam) - Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup) 

B. Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

  • 4 hingga 14 April 2017 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • 9 April hingga 21 April 2017 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 

C. Temuduga IPG 2017

  • Mulai 15 Mei 2017 jam 5.00 petang sehingga 22 Mei 2017 jam 11.59 tengah malam - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 21 Mei hingga 26 Mei 2017 - Pelaksanaan Sesi temuduga. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)

Semakan IPG 2017 (Calon Berjaya) Dan Pendaftaran

  • 23 Jun hingga 10 Julai 2017 - Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2017. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
  • 10 Julai 2017 - Pendaftaran calon di IPG
Tahniah kepada mereka yang berjaya untuk dipanggil untuk temuduga IPG. Anda semakin hampir untuk berjaya mendapat tawaran kemasukan dalam permohonan IPG 2017 Online.

{ 18 comments.. read them below or add one }

Anonymous Anonymous 08 May, 2015
temuduga khas itu untuk apa?
Puteri Nur Aini Puteri Nur Aini 08 May, 2015
Boleh saya tahu temuduga "khas" ipg untuk apa ?
Kenapa tiada di dalam kalendar aktiviti ya ?
Anonymous Anonymous 08 May, 2015
Temuduga khas?? Camne tuu
Anonymous Anonymous 09 May, 2015
temuduga khas itu apa ya ?nak tahu sangat2 ni . mohon penjelasan
Puteri Nur Aini Puteri Nur Aini 09 May, 2015
Saya dapat tahu yang temuduga khas ni untuk calon simpanan dengan calon yang tidak hadir masa temuduga lepas .
Puteri Nur Aini Puteri Nur Aini 09 May, 2015
Saya dapat tahu yang temuduga khas ni untuk calon simpanan dengan calon yang tidak hadir masa temuduga lepas .
Puteri Nur Aini Puteri Nur Aini 09 May, 2015
Saya dapat tahu yang temuduga khas ni untuk calon simpanan dengan calon yang tidak hadir masa temuduga lepas .
Rossa Calla Rossa Calla 10 May, 2015
Terima kasih Puteri Nur Aini atas penjelasan
Puteri Nur Aini Puteri Nur Aini 10 May, 2015
Sama-sama ..sekadar berkongsi :)
Ahmad Afif Zahari Ahmad Afif Zahari 11 May, 2015
puteri nur aini,betul ke macam tu???sumber dari mana??
saya tak tahu pun tentang temuduga khas....
mcm yg puteri ckp td,maknanya saya yg telah temuduga tidak terlibat dgn temuduga khas,betul ke macam tu??
harap masih berpeluang dpt ipg....mohon penjelasan sape2 yg arif
Ahmad Afif Zahari Ahmad Afif Zahari 11 May, 2015
maknnya sy yg telah temuduga tidak terlibat dgn temuduga khas??
mohon penjelasan.....
sumber dr mana puteri??
Anonymous Anonymous 11 May, 2015
Calon simpanan? Maksudnya? Mohon pencerahan
Anonymous Anonymous 02 May, 2016
Macam mna nak cek keputusan tmuduga? Knpa sya cek asyik keluar page is temporary unavailable. Padahal sya click link yg disuruh click.
Norannisa Basir Norannisa Basir 03 May, 2016
Sbnrnya bila ye dpt check pgilan temudaga ni...dri smlm x blh...
Anonymous Anonymous 03 May, 2016
Mungkin sistem tergendala sebentar.
jei jei 06 June, 2016
Hello..bagaimana nak buat rayuan bagi ipg 2016..Boleh ka masih nak buat rayuan?
Anonymous Anonymous 07 May, 2017
Dekat kalendar aktiviti sudah pun diberitahu, dijangka 9 mei baru boleh check panggilan temuduga tu.