Semakan Panggilan Ujian Saringan Biasiswa Mybrainsc 2015

Semakan Panggilan Ujian Saringan Biasiswa Mybrainsc 2015. Berita baik kepada yang telah membuat permohonan BIASISWA MYBRAINSC KPM TAHUN 2015 (telah di buka pada 31 Disember 2014 hingga 6 Mac 2015) seperti di petik dari Portal Rasmi KPM, semakan Panggilan Ujian Saringan Biasiswa Mybrainsc 2015 kini telah dibuka. Biasiswa MyBrainSc adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Perkara : HEBAHAN SEMAKAN PANGGILAN UJIAN SARINGAN BIASISWA MYBRAINSC KPM TAHUN 2015

Applikasi Semakan : https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/login.php

Tarikh Tamat Hebahan : 15 April 2015

Biasiswa Mybrainsc 2015

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi

Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5
Kompleks Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(u.p: Unit SLAB/SLAI)
Telefon     03-8888 1616 (Hotline Bahagian Biasiswa)
Email     bb.mybrainsc@moe.gov.my


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now