Senarai Calon Anugerah Olahragawan Dan Olahragawati Negara 2014

Senarai Calon Anugerah Olahragawan Dan Olahragawati Negara 2014. Anugerah sukan berprestij negara iaitu Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negara 2014.kali ke-49 akan kembali dan dijadualkan akan berlangsung pada 28 April 2015. 12 atlet dicalonkan untuk merebut gelaran Olahragawan manakala lapan untuk anugerah Olahragawati negara termasuk dua tokoh sukan terhebat negara iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David. Chong Wei hebat pada tahun 2014 walaupun beliau masih menunggu keputusan ujian doping daripada pihak Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengenai penggantungannya di aktiviti badminton dunia. 
  
Pemilihan calon Olahragawan dan Olahragawati sangat mencabar memandangkan setiap calon telah membuktikan kejayaan masing-masing sepanjang tahun lepas dan pemilihan mereka adalah berdasarkan kriteria mutu dan kualiti sukan yang dipersembahkan oleh atlet.

Jawatankuasa pemilihan pemenang anugerah ini terdiri daripada wakil Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) serta wakil media.   
Anugerah Olahragawan Dan Olahragawati Negara 2014
Berikut adalah Senarai Calon Anugerah Olahragawan Dan Olahragawati Negara 2014 pada tahun 2015 ini :-

CALON OLAHRAGAWAN MALAYSIA 2014
1) Lee Chong Wei (Badminton)
2) Sazali Samad (Bina Badan) - Pemenang
3) Hafifi Mansor (angkat berat)
4) Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)
5) Lim Chee Wei (karate)
6) Muhammad Ezuan Nasir Khan (menembak)
7) Khairulnizam Mohd Afendy (pelayaran)
8) Mohd Al-Jufferi Jamari (silat)
9) Mohamad Fairus Abd Jabal (boling padang)
10) Ong Beng Hee (skuasy),
11) Ooi Tze Liang (renang) 
12) Mohd Rafiq Ismail (tenpin boling)

CALON OLAHRAGAWATI MALAYSIA 2014 
1) Nicol Ann David (squash) - Pemenang
2) Tan Li Lian (bina badan)
3) Syakilla Salni Jefri Krisnan (karate)
4) Siti Zalina Ahmad (boling padang)
5) Nur Suryani Mohamed Taibi (menembak)
6) Siti Rahmah Mohamed Nasir (silat)
7) Cheong Jun Hoong (renang)
8) Sin Li Jane (tenpin boling)
  
Selain anugerah Olahragawan dan Olahragawati, sembilan lagi anugerah juga dipertandingkan termasuk pasukan kebangsaan lelaki dan wanita, olahragawan dan olahragawati paralimpik, jurulatih lelaki dan wanita kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.

Senarai Pemenang Anugerah Olahragawan Dan Olahragawati Negara 2014
PASUKAN LELAKI KEBANGSAAN - Muhammad Faizal Norizan, Ahmad Syukri Abdul Aziz (Pelayaran) 
PASUKAN WANITA KEBANGSAAN - Datuk Nicol Ann David, Low Wee Wern, Delia Odette Arnold, Zulhijjah Azan, G Venessa Raj (Skuasy) 
OLAHRAGAWAN PARALAMPIK KEBANGSAAN - Allahyarham Mohd Azlan Mat Lazim (Olahraga) 
OLAHRAGAWATI PARALIMPIK KEBANGSAAN - Siti Nooriasah Mohammad Ariffin (Olahraga) 
JURULATIH LELAKI KEBANGSAAN - R Jeganathan (Olahraga) 
JURULATIH WANITA KEBANGSAAN - Tiada Pemenang 
ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN - Datuk Ong Poh Eng (Angkat Berat) 
ANUGERAH TOKOH SUKAN - Tiada Pemenang 
ANUGERAH KHAS - Mohd Afendy Abdullah (Pelayaran) - Mendiang Peter Rajah (Bola Sepak)

 

  

0 comment... add one now