Senarai Pemenang Anugerah MSMW 2015 Social Media Awards

Senarai Pemenang Anugerah MSMW 2015 - Social Media Awards. Majlis Anugerah Blogger dan Media Sosial Malaysia 2015 (MSMW 2015) khusus untuk para penggiat dan pengamal media sosial juga penulis-penulis blog (blogger) kini sedang berlangsung bermula dari 21 hingga 25hb April 2015.  Majlis anugerah telah dirasmikan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Anugerah MSMW 2015 adalah merupakan penghargaan untuk blogger dan syarikat-syarikat korporat tempatan yang menyediakan maklumat dalam pelbagai sektor menerusi media sosial.
 

Penerima anugerah akan membawa pulang trofi berserta sijil penghargaan bagi setiap kategori yang dimenangi. Personaliti terkemuka Negara, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ceramah khas pada 23 April mengenai media sosial dan masa depan.
pemenang msmw 2015
Seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ini terdapat pelbagai kategori yang dipertandingkan dalam MSMW 2015. Pemenang dipilih melalui undian online dan pengadilan dari pihak juri yang dilantik. Antara kategori yang dipertandingkan dan senarai pemenang MSMW 2015 bagi sektor individu adalah seperti berikut:

BEST NEWS BLOG - http://cgkaunseling.blogspot.com/
BEST FOODIE BLOG - http://squallcuisine.com/
BEST GADGET & TECHNOLOGY BLOG - http://www.ohsem.me/
BEST GOSSIP & ENTERTAINMENT BLOG - http://www.spinorbinmusic.com/
BEST LIFESTYLE BLOG - http://www.akupenghibur.com/
BEST COMICS BLOG - Tiada pemenang
BEST PHOTOGRAPHY BLOG - http://tarmizishukri.com/
BEST SHOPPING BLOG - http://telekung.com.my/
BEST SPORTS BLOG - http://www.motorsportroom.my/
BEST TRAVEL BLOG - http://timetravelafif.blogspot.com/

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah MSMW 2015.

 

0 comment... add one now