Baca Novel Dia Isteri Luar Biasa Secara Online

Baca Novel Dia Isteri Luar Biasa Secara Online. Drama baru bertajuk Dia Isteri Luar Biasa akan bersiaran di slot Akasia TV3 selepas drama Hati Perempuan tamat. Novel Dia Isteri Luar Biasa karya Umie Nadzimah ini sekali lagi akan menghiasi slot Akasia TV3 di mana sebelum ini karya beliau pernah muncul di slot Akasia melalui drama bersiri 'Kerana Terpaksa Aku Relakan'. Pelakon utama Dia Isteri Luar Biasa adalah gandingan mantap di antara Nur Fathia dan Shukri Yahaya.

SINOPSIS PENUH DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA
JUDUL : DIA ISTERI LUAR BIASA
EPISOD : -
TARIKH : Bermula pada 18 Mei 2015 ?
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Umie Nadzimah
PENGARAH : Jamal Khan (Khan Mancung)

Novel Dia Isteri Luar Biasa
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil, Syatilla Melvin, Raja Farah, Afiq Muiz, Leez Rosli, Alexx Yanz, Lia Asmizza, Azza Elite , Supyan kepoh, Liza Abdullah, Nurul Aini, Shah Rezza

LAGU TEMA / OST
Tajuk Lagu: Potret
Artis : Akim And TheMagistrate


WATAK PELAKON :
Shukri Yahya- Raden Amzar
Nur Fathia- Dewi Yusra
Keith Foo - Kamarul (Cik Kim)
Siti Elizad- Kak Long
Datin Ziela Jalil - Umi

SINOPSIS DARI NOVEL
Dia Isteri Luar Biasa mengisahkan Dewi Yusra yang berpegang teguh dengan prinsipnya. Tidak memerlukan lelaki dalam kehidupannya. Namun, Dewi Yusra menginginkan zuriatnya sendiri. Ayah kepada bakal anaknya nanti tidak mahu orang sembarangan. Mesti mempunyai gen yang hebat!

SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan! Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya? Temui jawapannya dalam DIA Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.

Kalau anda berminat untuk membaca Online novel Dia Isteri Luar Biasa ini, anda boleh baca disini. Anda boleh juga membeli novel secara online atau di kedia-kedai buku. 

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13


0 comment... add one now