Berita Terkini Punca Kos Tunai Ibadah Haji Indonesia Turun Pada 2015

Berita Terkini Punca Kos Tunai Ibadah Haji Indonesia Turun Pada 2015. Kerajaan Indonesia mengumumkan penurunan kos biaya ibadah haji bagi tahun ini sebanyak AS$502 (RM1,800). Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo, berkata berikutan penurunan itu, kos untuk menunaikan ibadah haji tahun ini adalah sebanyak AS$2,717 (RM9,500) sahaja berbanding AS$3,219 (RM11,267) pada tahun lepas. 

Beliau dipetik media tempatan sebagai berkata penurunan kos itu disebabkan kajian semula dan pemotongan kos operasi. "Kita telah berhasil dan besaran biaya penyelenggaraan haji 2015 mengalami penurunan signifikan dibanding tahun lalu," katanya. Jokowi telah menandatangani Peraturan Presiden mengenai Pembiayaan Haji 2015 untuk dilaksanakan oleh Kementerian Agama republik itu. 
Berita Terkini Punca Kos Tunai Ibadah Haji Indonesia Turun Pada 2015

Katanya penurunan kos itu juga disebabkan kejayaan langkah penjimatan, kecekapan penerbangan dan pengangkutan darat serta penempatan jemaah haji di Makkah

Sementara itu, Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin dipetik sebagai berkata kuota jemaah haji republik itu pada tahun ini adalah 168,800 orang. Katanya walaupun kos biaya ibadah haji itu diturunkan, pihaknya akan terus meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah haji bagi keselesaan mereka di Tanah Suci. Beliau berkata antara peningkatan kemudahan itu termasuklah jemaah akan diberi makan sekali setiap hari bagi tempoh 15 hari di Makkah. 

Lukman berkata selain itu, semua jemaah haji dari Indonesia berpeluang mendarat terus di Madinah berbanding sebelumnya terpaksa menaiki pengangkutan darat ke Madinah dari lapangan terbang di Jeddah. Penerbangan pertama berlepas ke tanah suci dari negara ini dijadual pada 21 Ogos manakala penerbangan pertama balik ke tanah air dijadual pada 28 September. - BERNAMA

0 comment... add one now