Contoh Karangan BM PT3 - Kemalangan Jalan Raya

Contoh Karangan BM PT3 - Kemalangan Jalan Raya 

Berikut disertakan contoh karangan Bahasa Melayu PT3 yang bertajuk 'Kemalangan jalan raya'. Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari masa ke semasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta, lori, penunggang motosikal atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negara kita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi.

Cara semak saman online dan sms di Semak Saman Trafik.


Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri. Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. 
doa menaiki kenderaan
Doa Menaiki Kenderaan Darat

Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang di tuju, mereka tidak menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan di pandu dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan. 

Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihak berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasa dilakukan oleh golongan remaja. Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yang teruk meningkat, langkah-langkah yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. 

Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan dari  semua aspek untuk mendisiplinkan para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untukmenyedarkan pengguna jalanraya. Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain. 

Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Peraturan jalanraya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut  terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. 

Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggung jawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.

1 comment... add one now

nurin faqhira cool nurin faqhira cool 04 Jun, 2015
Karangan yang bagus. Ruangan blog ini melambangkan blogger yang beriman dan berjiwa patriotik.:)