Gambar Kereta Perodua Sedan D636D Bakal Dilancarkan Tahun 2016

Gambar Model Kereta Perodua Sedan D636D Bakal Dilancarkan Tahun 2016. Ini mungkin berita yang ditunggu-tunggu kepada peminat kereta jenis Perodua apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERODUA) bakal melancarkan model kompak sedan baru Perodua yang pertama membabitkan penglibatan 100 peratus reka bentuk luaran oleh jurutera tempatan tahun depan 2016 seperti dipetik dari Utusan online.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model Perodua Sedan yang kini dalam peringkat prototaip itu telah diuji dan dinilai platform transmisi dan enjinnya. Beliau sehubungan itu berkata, model tersebut yang tidak akan dilancarkan pada tahun ini adalah merupakan sebuah kereta yang bagus dalam kelasnya.


“Kita sedang berusaha untuk menjadikan kereta sedan kompak ini mendapat penarafan ANCAP lima bintang bagi membuktikan ia sebuah kereta yang selamat.

“Model ini tidak akan dilancarkan pa­da tahun ini, mungkin tahun de­pan dan berkemungkinan besar tahun 2017,” kata beliau dalam taklimat media sempena ulang tahun ke-10 Myvi di Langkawi pada 22 Mei 2015.
Turut hadir, Ke­tua Pegawai Operasi (COO) Perodua, Zahari Husin.

Mengulas lanjut, Aminar Rashid berkata, model sedan kompak itu tercetus daripada impian dan permintaan yang diajukan kepada Daihatsu selaku rakan teknikal Pero­dua.

“Akhirnya Daihatsu terima cadangan kita untuk terlibat dalam projek kereta sedan kompak,” jelas beliau.

Berikut di antara gambar-gambar model gambaran Perodua sedan baru 2016 yang dikongsikan dari laman sosial. Kita nantikan nanti model manakah yang bakal berada di jalan raya Malaysia pada tahun 2016 nanti :-


Gambar Kereta Perodua Sedan D636D Bakal Dilancarkan Tahun 2016 ?
perodua sedan baru

perodua sedan baru

perodua sedan baru

perodua sedan baru


0 comment... add one now