Gambar Penyokong Terengganu Merusuh Gagal Ke Final Piala FA 2015

Gambar Penyokong Terengganu Merusuh Di Stadium Sulatn Mizan Gagal Ke Final Piala FA 2015. Harapan untuk melihat pertembungan dua pasukan Pantai Timur di Final Piala FA 2015 berkecai apabila Terengganu tewas melalui peraturan gol di tempat lawan walaupun keputusan aggregat terikat 4-4 selepas tamat perlawanan. Kegagalan untuk layak diburukkan lagi dengan gelagat penyokong Terengganu yang mengamuk dan merusuh  selepas perlawanan akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob yang tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana berada pada kedudukan ofsaid. 

Di petik dari mStar online, penyokong Terengganu juga bertindak liar dengan membaling batu ke arah kereta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Ging Badak.
Gambar Penyokong Terengganu Merusuh Gagal Ke Final Piala FA 2015
Gambar Penyokong Terengganu Merusuh Gagal Ke Final Piala FA 2015
Sebahagian besar penyokong Terengganu bertindak liar dengan melakukan kerosakan ke atas harta benda awam di stadium dengan memecahkan pintu kaca di laluan masuk selain dilaporkan turut membakar sebuah ambulans yang diletakkan di perkarangan stadium.

Keadaan tersebut memaksa pihak stadium memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 15,000 penyokong Terengganu yang cuba menimbulkan kekecohan.

Sebuah bas yang membawa penyokong Lions XII turut dirosakkan oleh segelintir penyokong Terengganu yang tidak dapat menerima keputusan perlawanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abdul Rafar yang ditemui pemberita di venue berkenaan, enggan memberikan ulasan lanjut tetapi memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilakukan mengenai insiden kekecohan itu.


Gambar Penyokong Terengganu Merusuh Gagal Ke Final Piala FA 2015


Gambar Penyokong Terengganu Merusuh Gagal Ke Final Piala FA 2015

Gambar Penyokong Terengganu Merusuh Gagal Ke Final Piala FA 2015

Gambar Penyokong Terengganu Merusuh Gagal Ke Final Piala FA 2015

Gambar Penyokong Terengganu Merusuh Gagal Ke Final Piala FA 2015


0 comment... add one now