Gambar Sekitar Perhimpunan Bantah GST 1 Mei 2015

Gambar Sekitar Perhimpunan Bantah GST 1 Mei 2015. 1 Mei merupakan kemuncak protes pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula dengan kempen berpakaian hitam pada setiap Sabtu sejak awal April. Perhimpunan yang dijadual diadakan pada pukul 2.30 petang hari ini dijangka bermula dari Pasar Seni dan berakhir di KLCC. Ketika ini, seramai hampir 2,000 peserta perhimpunan 'Bantah GST' berkumpul di sekitar Jalan Tun Perak di hadapan Masjid Jamek, di sini sebaik selesai solat Jumaat. 

Setakat ini peserta terbabit dilaporkan sedang menunggu satu lagi kumpulan perarakan dari Masjid Negara untuk bergerak ke arah kawasan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) melalui Jalan Raja Laut sebelum bergerak ke Sogo. Tindakan kumpulan berkenaan yang membawa sepanduk sambil berjalan di atas jalan raya menyebabkan laluan utama di sekitar Jalan Tun Perak hingga ke Jalan Raja Laut, sesak teruk di kedua-dua hala.
batal gst

Protes anjuran sekretariat ‘Kita Lawan’ yang terdiri daripada parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional dan mahasiswa itu turut mensasarkan satu juta rakyat untuk bersama mereka di sekitar ibu kota.

Menurut jurucakap sekretariat, langkah ini sebagai usaha menuntut pembatalan pelaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan serta merta.

Gambar Sekitar Perhimpunan Bantah GST 1 Mei 2015 
Gambar Sekitar Perhimpunan Bantah GST 1 Mei 2015
Gambar Sekitar Perhimpunan Bantah GST 1 Mei 2015

batal gst 1
batal gst3
batal gst4
Gambar Sekitar Perhimpunan Bantah GST 1 Mei 2015

Gambar Sekitar Perhimpunan Bantah GST 1 Mei 2015

Gambar Sekitar Perhimpunan Bantah GST 1 Mei 2015

Gambar Sekitar Perhimpunan Bantah GST 1 Mei 2015


0 comment... add one now