Harga Rumah Generasi Baru FELDA (RGBF) 2015

Harga Rumah Generasi Baru FELDA (RGBF) 2015. Harga rumah bagi Projek Perumahan Generasi Baru FELDA di seluruh negara diturunkan daripada RM125,000 kepada RM90,000 seunit seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui Facebook PMO Malaysia. Penurunan harga Rumah Generasi Baru FELDA (RGBF) ini bagi membolehkan generasi baru FELDA memiliki rumah idaman mereka selepas menyelami keluh kesah generasi baru agar harga rumah terbabit dikaji semula. Katanya, kerajaan juga akan menyediakan skim sewa beli bagi generasi baru yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan.

Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA khususnya generasi baru. "Komitmen kerajaan terhadap perkara ini telah dizahirkan dengan pembinaan 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit pada harga RM 125,000 seunit jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa. 
harga rgbf 2015
Harga RM90,000 untuk pembelian Rumah Generasi Baru FELDA (RGBF) secara jual-beli akan turut membabitkan 8,570 unit kediaman itu di seluruh negara.
Ianya membabitkan projek yang hampir siap dibina dan masih dalam peringkat memuktamadkan tender di 33 kawasan penempatan FELDA.

Harga baru ini jauh lebih rendah berbanding harga asal RM125,000 yang ditawarkan sebelum ini tidak termasuk insurans, pembinaan infrastruktur dan khidmat perunding yang akan ditanggung sepenuhnya oleh FELDA - BH online & MyMetro.


0 comment... add one now