Jadual Siaran Langsung Bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura

Jadual Siaran Langsung Bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura. Sukan SEA 2015 Edisi ke 28 bakal diadakan di Singapura bermula dari 5 hingga 16 Jun 2015 dengan perlawanan bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura  akan dilangsungkan lebih awal beberapa hari mulai 29 Mei 2015. Undian telah dibuat pada 15 April 2015 dengan 11 pasukan telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke Separuh Akhir. Perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Singapura, Jalan Besar Stadium, Bishan Stadium.

Skuad Bawah 23 tahun Malaysia kendalian Ong Kim Swee telah diundi di kumpulan B bersama-sama Thailand, Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste. Perlawanan pertama adalah pada 30 Mei 2015 apabila Malaysia berdepan dengan Timor Leste. 


live streaming Bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura

Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura

Berikut adalah jadual siaran langsung perlawanan dan keputusan terkini Bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura :-

KUMPULAN A
  • Singapura (Tuan rumah)
  • Indonesia
  • Myanmar
  • Cambodia
  • Filipina

KUMPULAN B
  • Thailand (Juara bertahan)
  • Malaysia
  • Vietnam
  • Laos
  • Brunei
  • Timor-Leste

Keputusan Semi Final

13 Jun 2015

  • Juara Kumpulan A lwn Naib Juara Kumpulan B (Myanmar [ 2 ] vs [ 1 ] Vietnam) 
  • Juara Kumpulan B lwn Naib Juara Kumpulan A (Thailand [ 5 ] vs [ 0 ] Indonesia)

Perlawanan Penentuan Pingat Gangsa

  • 15 Jun 2015 - 2.00pm : Vietnam [ 5 ] vs [ 0 ] Indonesia

Final Bolasepak Sukan Sea 2015

  • 15 Jun 2015 - 8.30pm : Myanmar [ 0 ] vs [ 3 ] Thailand

Tahniah kepada pasukan bawah 23 tahun Thailand yang berjaya memenangi pingat emas bolasepak Sukan SEA 2015. Untuk makluman, pasukan Malaysia hanya mampu berada di tangga ketiga Kumpulan B dan gagal ke peringkat separuh akhir. Cuba lagi pada aksi bolasepak Sukan SEA 2017 di Malaysia nanti.

0 comment... add one now