Permohonan Jawatan Kosong UTM 2016 Online

Permohonan Jawatan Kosong UTM 2016 Online. Kerja kosong di UTM terkini? Kepada individu yang berminat dan layak, terdapat beberapa jawatan kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), antara universiti terbaik Malaysia. Dikongsikan dari FB UTM, permohonan jawatan kosong di UTM Skudai, UTM KL dan HPT Pagoh boleh dibuat secara online sebelum 10 Oktober 2016.

Jawatan Kosong UTM 2016 Online

Permohonan Jawatan Kosong UTM 2016 Terkini

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan jawatan kosong di UTM. Universiti Teknologi Malaysia memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti untuk Wawasan 2020. 

Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM Johor Bahru, UTM Kuala Lumpur dan HPT Pagoh seperti senarai kekosongan berikut :-   
  • Tarikh Mula Iklan : 21 September 2016
  • Tarikh Tutup : 10 Oktober 2016 
  • Nota : Permohonan jawatan adalah secara online application di pautan/link HRFin

Berikut adalah senarai kekosongan jawatan di UTM terkini meliputi gred jawatan, taraf dan lokasi:- 
  1. Penolong Pegawai Sains (CA29) : Johor Bahru
  2. Penolong Jurutera (J29) : Johor Bahru
  3. Jurutera (JA41) : Johor Bahru
  4. Penolong Pegawai Tadbir (NA29) : Johor Bahru
  5. Penolong Pegawai Penerbitan (NA29) : Johor Bahru
  6. Pegawai Penerbitan (NA41) : Johor Bahru
  7. Pegawai Tadbir (NA41) : Johor Bahru
  8. Pegawai Belia Dan Sukan (SA41) : Johor Bahru/ Kuala Lumpur
  9. Pegawai Perubatan (UD51) : Kuala Lumpur
  10. Penolong Akauntan (W29) : Johor Bahru/ Kuala Lumpur
  11. Juruaudit (WA41) : Johor Bahru
  12. Pegawai Kewangan (WA41) : Johor Bahru
Maklumat setiap jawatan boleh dirujuk di HRFin. Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan, anda boleh menghubungi talian 07-5531228- En. Hafiz Hj. Ismail, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UTM Johor Bahru.

Selamat membuat Permohonan Jawatan Kosong UTM 2016 Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan Jawatan Kosong ini nanti.
Sumber : FB UTM

0 comment... add one now