Keputusan Rasmi PRK Permatang Pauh 7 Mei 2015 Penang

Keputusan Rasmi PRK Permatang Pauh Penang 7 Mei 2015. Mampukah Barsian Nasional (BN) mengambil kerusi Parlimen Permatang Pauh dari PKR? Semuanya akan terjawab esok apabila Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015, Pulau Pinang diadakan pada 7 Mei 2015. Pada 5 Mei 2015 yang lalu, BN memenangi PRK Rompin Pahang tetapi dengan majoriti yang menyusut.

Penamaan calon telah diadakan pada 25 April 2015 yang lalu dimana PRK Permatang Pauh 2015 kali ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan calon BN, Suhaimi Sabidi; calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan wakil Bebas, Salleh Isahak. 
PRK Permatang Pauh 2015
Seorang calon Bebas, Dr Abdullah Zawawi Samsudin (47 tahun) yang mengumumkan akan bertanding telah menarik diri dengan alasan sudah ada calon Bebas lain yang bertanding. Dr Abdullah Zawawi pernah bertanding pada 2013 tetapi tewas, hilang deposit kerana hanya mendapat 201 undi. 

Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015 ini diadakan berikutan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan ketua pembangkang itu.

Anwar Ibrahim (PKR) menang besar dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) di Permatang Pauh dengan majoriti 11,721 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Dr Mazlan Ismail dan calon Bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin. Anwar mendapat 37,090 undi manakala Mazlan dan Dr. Abdullah masing-masing memperoleh 25,369 dan 201 undi.

Berikut adalah keputusan rasmi PRK Permatang Pauh 7 Mei 2015 :-

* Keputusan dijangka diumumkan selepas jam 800 malam
* Untuk keputusan terkini, sila klik #undipauh

KEPUTUSAN RASMI PRK PERMATANG PAUH 2015
1) Suhaimi Sabidi (BN) - 21,475 undi 
2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) - 30,316 undi
3) Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) - 101 undi
4) Salleh Isahak (calon Bebas) - 367 undi

Majoriti - 8,841undi 
Peratus mengundi - 73 peratus 

1 comment... add one now

akhalid76 akhalid76 07 Mei, 2015
Saya jangkakan PRK Permatang Pauh pada 7 Mei 2015 mungkin akan menyaksikan calon BN kehilangan undi sebanyak lebih kurang 15 ribu undi berbanding undi yang diperolehi dalam PRU13. WALLAHUALAM.