Lima Pemain Import Pilihan Malaysia Lawan Tottenham Hotspurs 27 Mei 2015

Lima Pemain Import Pilihan Malaysia Lawan Tottenham Hotspur 27 Mei 2015. Lima pemain import dan 19 pemain tempatan telah dipanggil oleh jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh untuk kem latihan pusat bermula 17 Mei 2015 ini bagi persediaan untuk perlawanan persahabatan di antara Pilihan Malaysia lwn Tottenham Hotspurs, 27 Mei ini. Walaupun dikecam oleh peminat bolasepak yang mengelarkan sebagai perlawanan 'sarkas', FAM tetap meneruskan perlawanan ini. 

Seperti dijangka, 5 pemain import yang dipanggil tidak termasuk pemain JDT dan Pahang yang bakal terlibat dengan Pusingan Kedua AFC Cup 2015 adalah :-
malaysia vs spurs 2015
5 pemain import: 

  • Paulo Rangel (Terengganu)
  • Ashfaq Ali (PDRM FA)
  • Robert Cornthwaite (Selangor)
  • Guilherme De Paula (Selangor)
  • Namkung Woong (Perak)

Pemain-pemain tempatan yang dipanggil pula untuk kem latihan adalah seperti berikut :-

9 pemain yang dikekalkan daripada kem latihan pusat terdahulu: 

  • Muslim Ahmad
  • Afif Amiruddin
  • Zubir Azmi
  • Indra Putra Mahayuddin
  • Baddrol Bakhtiar
  • Norshahrul Idlan Talaha
  • Hazwan Bakri
  • Joseph Kalang Tie
  • Ahmad Syamim Yahya
2 pemain yang kembali dipanggil: 
  • Khairul Fahmi Che Mat (PG)
  • Azmi Muslim
8 pemain baharu: 
  • Nik Shahrul Azim Ab Halim
  • Norfarhan Mohamad
  • Ramdhan Ab Hamid (PG)
  • Ronny Harun
  • Yong Kuong Yong
  • Afiq Azmi
  • Nasir Basharudin
  • Christie Jayaseelan
Pemain dalam senarai menunggu (jika ada kecederaan):  
  • Zamir Selamat (PG)
  • Abdul Manaf Mamat
  • Wan Zack Haikal Wan Nor.

0 comment... add one now