Live Streaming Istiadat Pertabalan DYMM Sultan Perak 6 Mei 2015

Live Streaming Istiadat Pertabalan DYMM Sultan Perak 6 Mei 2015. Tonton Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerusi JaPenTV pada 6.5.2015 jam 7.30 pagi. Istiadat pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sebagai Sultan Perak Ke-35 akan diadakan pada 6 Mei 2015 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
 
lstiadat Tabal Adat akan berlangsung di Istana lskandariah Kuala Kangsar diikuti dengan Istiadat Tabal Pusaka dan Istiadat Bersiram Tabal yang akan berlangsung pada malam 7 Mei 2015. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri selanjutnya akan berangkat menziarahi Makam-makam Sultan Perak terdahulu, kemudiannya menghilir Sungai Perak dari Pasir Salak sehingga ke Teluk lntan.
Live Streaming Istiadat Pertabalan DYMM Sultan Perak 6 Mei 2015
Istiadat pertabalan akan berakhir dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk mencecahkan kaki Baginda di Beting Beras Basah, tempat pertama Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549), Sultan Perak yang pertama, menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak.

Pelbagai acara sedang dirancang yang turut melibatkan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja Pemerintah, Raja Muda dan Tengku Mahkota serta kehadiran Yang Dipertua - Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri dan Ahli-ahli Jemaah Menteri serta Para Perwakilan Asing juga tetamu dari dalam dan luar negara. Acara-acara berbentuk keagamaan dan acara-acara yang memberi peluang Baginda mendampingi rakyat yang melibatkan penyertaan rakyat jelata, warga emas, golongan remaja dan pelajar akan dilaksanakan dalam tempoh masa sambutan Istiadat Pertabalan.


Live Streaming Istiadat Pertabalan DYMM Sultan Perak 6 Mei 2015
 

0 comment... add one now